Tag Archives: anak yatim SIMPATI

KEKAYAAN ITU ADALAH BONUS UNTUK MENYIAPKAN BEKALAN AKHIRAT!

PENYUMBANG MENYAMBUT HARI LAHIR DI RALK

NIKMAT kekayaan sebenarnya adalah ujian sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan atau kekayaan itu menjadikan kita lalai dan leka daripada-Nya. Kemiskinan bukanlah bermakna kita terlepas daripada ujian Allah SWT kerana ia juga ujian kesabaran atau boleh menyebabkan kita akan selalu mengeluh, Malah ada yang berperasaan Allah itu tidak menghiraukan kemiskinan yang dihadapinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami uji sebahagian daripada mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang yang kaya itu berkata (kepada orang fakir miskin yang beriman): Inikah orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? (Allah berfirman): Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur?” (Surah al-Ankabut, ayat 53)

Kekayaan atau kemiskinan bukanlah ukuran keimanan kepada Allah SWT tetapi keimanan diukur melalui hati atau tindakan kita terhadap Allah SWT, sama ada bersyukur dengan nikmat dikurniakan dan bersabar dengan ujian kemiskinan dihadapi.

Setiap ujian diberikan pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui. Allah SWT menjadikan adanya golongan kaya dan miskin untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Setiap manusia di dunia ini memiliki kelebihan serta kekurangan masing-masing dan tiada manusia yang sempurna di sisi Allah SWT. Seperti dizaman Rasululllah SAW dan para sahabatnya, yang kaya menjadi BANK kepada yang miskin dan yang miskin bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada mereka, bagi mereka yang lebih mereka takutkan didunia ini ialah apabila tercabutnya iman dihati mereka.

EDARAN MAKANAN JUMAAT BERKAT DARI RALK KEPADA MASYARAKAT

Kepada mereka yang memiliki kekayaan, janganlah leka dengan segala nikmat diberikan itu sehingga lupa untuk melakukan amal dengannya. Rebutlah peluang yang Allah SWT kurniakan untuk membantu orang miskin, inilah BONUS untuk mereka yang kaya supaya dapat mengurangkan perhitungan diakhirat sana.

Berkongsi kekayaan dengan orang miskin adalah satu cara kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Ingatlah, janganlah merasakan ia satu kerugian kerana membantu orang-orang miskin, kerana janji Allah SWT itu pasti ada keindahannya yang tidak dapat dibayangkan dan digambarkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 215)

ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN…

Dan yang pastinya!, kekayaan dan kemiskinan adalah hak Allah SWT dan sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana dalam perancangan-Nya kepada umat manusia.

JANGANLAH KITA JEMU MENJADI ORANG YANG SENTISA BERPESAN-PESAN KEPADA KEBAIKAN…

3 UNIT BANGUNAN *KAFE *BAKERI *PASAR SEGAR
(UNTUK KEGIATAN KEMAHIRAN ANAK-ANAK RALK)
MENJADI MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA YANG LAIN…

REZEKI ITU BIARLAH ADA BERKATNYA…

“Haiwan pun berpagi-pagi mencari rezeki!”

YATIM YANG SEBENAR ADALAH YATIM ILMU DAN AKHLAK…

  • TERDAPAT SEBUAH SYAIR YANG DINISBAHKAN KEPADA SAIDINA ALI BIN ABI THALIB BERKENAAN KEMULIAAN ILMU DAN ADABNYA YANG BERMAKSUD;

“Bala’ yang datang pada hari ini bukanlah sesuatu yang menakjubkan, sesungguhnya kecantikan yang sebenar itu adalah kecantikan ilmu yang diperolehi dan akhlak yang menjadi pakaian dirinya….,

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH 2017

Sesungguhnya ‘Si Yatim’ yang sebenar itu ialah seseorang yang yatim dari segi ilmu dan akhlaknya…..Bukanlah ‘Si Yatim’ itu apabila seseorang itu kematian ibu atau bapanya (pada hakikatnya)”

8 BENTUK REZEKI DARI ALLAH…

  • REZEKI YANG TELAH DIJAMIN
  • REZEKI KERANA USAHA
  • REZEKI KERANA BERSYUKUR
  • REZEKI YANG TIDAK DIDUGA
  • REZEKI KERANA BANYAK BERISTIGHFAR
  • REZEKI REZEKI KERANA BERKAHWIN
  • REZEKI KERANA ANAK
  • REZEKI KERANA BERSEDEKAH

DARI HAKIM BIN HIZAM RA, DARI NADI SAW BERSABDA:

“Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang meminta), dahulukanlah orang yang menjadi tanggungjawabmu…”

Call Now
Directions