Tag Archives: anak yatim SIMPATI
Kisah kelembutan hati sang khalifah kepada anak yatim dan ibu tunggal
Sama-sama kita hayati kisah pengorbanan seorang khalifah yang melaksanakan tugasnya bukan kerana tanggungjawab tetapi atas dasar cintanya kepada Allah dan Rasul yang amat mendalam…
KISAH ANAK-ANAK SAIYIDINA JA’FAR BIN ABI THALIB SELEPAS SYAHID DI MEDAN PERANG
RASULULLAH DAN ANAK-ANAK JA’FAR BIN ABI THALIB YANG GUGUR DI MEDAN PERANG
Ketika Ja’far bin Abu Thalib terbunuh dalam peperangan Mut’ah, Nabi Muhammad saw sangat sedih. Beliau segera datang ke rumah Ja’far dan menjumpai istrinya, Asma bin Umais yang sedang membuat roti, memandikan anak-anak dan memakaikan bajunya.
Asma menuturkan: Ketika Rasulullah SAW menemui kami, aku mendapatkan wajah beliau sangat sedih. Maka timbullah perasaan takut pada diriku, akan tetapi aku tidak berani untuk menanyakannya. Kemudian beliau bersabda, “Suruhlah anak-anak Ja’far kemari. Aku akan mendoakannya,” maka bergegaslah mereka mendekat kepada Rasulullah dan bercengkerama dengan beliau. Rasulullah merangkul mereka, mencium, serta berlinang air matanya. Maka aku berkata, “Wahai Rasulullah , apa yang menjadikan engkau menangis? Apakah ada sesuatu yang menimpa Ja’far?”
Beliau menjawab, “Ya, dia telah gugur sebagai syahid pada hari ini.” Sesaat hilanglah keceriaan yang terdapat pada wajah-wajah mereka, tatkala mendengar tangisan ibunya.
Kemudian Nabi Muhammad saw kembali kepada keluarganya dan beliau bersabda, “Janganlah kalian melupakan keluarga Ja’far, buatlah makanan untuk mereka karena sesungguhnya mereka sedang sibuk menghadapi musibah kematian Ja’far.”
Rasulullah SAW bersabda:
أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِى الْجَنَّةِ هكَذَ، وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئاً
“Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau, serta agak merenggangkan keduanya.[HR Bukhari]
خَيْرُ بَيْتٍ فِى اْلمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِى اْلمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ . رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهُ عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ
“Sebaik-baik rumah orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim dan diasuh dengan baik. Seburuk-buruk rumah orang islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan jahat.” (HR. Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
AGAMA ADALAH SELURUH KEHIDUPAN
Agama adalah seluruh kehidupan
Ada yang lahir ada yang batin
Iman, Islam dan Ihsan adalah patinya atau ajaran terpokok
Pecahan dari tiga aspek tadi yang merupakan satu pakej jadilah agama itu
Luasnya seluruh kehidupan
Adakalanya disebut hablumminallah wahablumminannas
“Hablumminallah” adalah asas dan tapak agama dari Tuhan
“Hablumminannas”adalah cabangnya atau buah daripada hablumminallah
Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku di mana-mana
Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu
Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat, di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan dan perhubungan
Di dalam rumahtangga, di dalam perhubungan, di dalam negara atau antarabangsa
Berlaku di dalam jiran tetangga, di dalam pendidikan formal atau tidak formal
Berkasih sayang, rasa bersama bekerjasama, bersatu-padu adalah agama
Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan, di dalam mesyuarat,
di dalam bersukan mesti ada agama
Bertimbang rasa, perikemanusiaan, bertolak ansur, berlapang dada agama juga
Di waktu memandu di jalanraya, membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan, bekerja di kilang semuanya agama
Mentadbir negara, menjaga negara, menjaga keselamatan dan keamanan juga agama
Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat, tidur dan baring adalah agama
Begitulah luasnya agama, tidak seperti yang difaham selama ini oleh kita
Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata ibadah rukun Islam serta sunat-sunatnya
Kalau agama itu berlaku di mana-mana, selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya itu ibadah umumlah namanya
Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara, di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung, di padang pasir, selagi ada manusia
Kalau agama berlaku di mana-mana ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja selagi ada manusia
Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja selamatlah manusia
Kerana maknanya agama itu; tidak kacau, mengikut bahasa Sanskrit
Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan, ertinya aman damai, harmoni, bahagia
Tapi makna agama itu telah dipersempit, maka manusia hidup huru-hara di mana-mana bahkan berlaku di masjid
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana kerana agama yang diamalkan selama ini adalah sempit…