Tag Archives: anak yatim yang bersyukur

Infak Dan Sedekah

Infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT secara umum.

Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib.

Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.

Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)

Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)

Sedekah juga mempunyai makna yang umum. Sedekah boleh jadi infak atau zakat, malah sedekah boleh melibatkan apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukan, sama ada melibatkan pemberian harta ataupun tidak melibatkan harta.

Tanggapan yang mengatakan sedekah adalah pemberian sunat semata-mata tidak tepat. Hakikatnya sedekah boleh jatuh hukum wajib dan boleh jatuh hukum sunat.

Hal ini berlaku demikian kerana ada ayat-ayat al-Quran yang memberi makna zakat pada perkataan sedekah. (rujuk firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60)

Dalil untuk sedekah yang sunat pula adalah hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa bersedekah seberat biji kurma daripada usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SUSAH ORANG SUSAH KITA,SENANG KITA DIKONGSI BERSAMA…

JUMAAT BERKAT SAHAM AKHIRAT

4 HUKUM BERSEDEKAH MENGIKUT SYARIAT ISLAM

WAJIB :Ketika bertemu dengan orang yang memerlukan.

-HARAM :Apabila barang yang disedekah akan digunakan untuk kejahatan atau maksiat.

-SUNNAT :Ummat islam sentiasa digalakkan untuk bersedekah

-MAKRUH :Apabila barang yang akan disedekahkan itu sudah buruk dan tidak boleh dimanfaatkan lagi.

Kisah Yang Sangat Menggerunkan!!!

Semoga kita tidak termasuk orang kaya yang tidak menginfakkan hartanya pada jalan yang benar…#Susah kita susah orang, Senang kita dikongsi bersama#

AWAS! NIKMAT ALLAH ITU SANGAT DEKAT DENGAN NERAKA…

“Takutilah azabku yang amat pedih!!!”

Ada 25 kali kalimah nikmat disebut dalam Al Quran. Hampir semua kalimah nikmat dalam Quran dikaitkan dangan Allah, Pemberi Nikmat. Agar manusia tidak lupa Pemberi nikmat apabila berhadapan dengan nikmat. Agar manusia jangan membesarkan nikmat lebih dari Pemberi nikmat. Agar manusia kekal rasa sebagai hamba, tidak punya apa-apa kecuali apa yang Allah rezkikan padanya.

Kalau manusia ingkar atau kufur nikmat, Allah ancam dengan azabnya. Akal pun tak boleh menerima seorang anak yang tidak menghormati ibunya yang melahirkan dan membesarkannya. Lebih-lebih lagi hati nurani. Betapa lagi terhadap Allah yang menghidupkan kita semua dan memberi kita nikmat lahir dan batin.

Sebab itu di dalam doa makan kita diajak meminta perlindungan Allah dari azab api neraka. Dengan sebab makan orang boleh tergelincir ke dalam neraka.

1. Kalau makan rezki Allah tapi tak bersyukur dengan Allah, masuk neraka.

2. Kalau makan rezki Allah, tak jaga halal haram, syubhat; main langgar je, boleh masuk neraka.

3. Kalau makan rezki Allah, tak jaga kesucian, contohnya telur tak basuh, adunan kek bercampur arak, boleh masuk neraka.

4. Kalau makan rezki Allah, sampai kekenyangan, sedangkan jiran-jiran kelaparan kerana kemiskinan, Allah murka kerana mementingkan diri boleh masuk neraka.

5. Kalau makan rezki Allah, tinggalkan sedikit, sengaja tak habiskan, amalkan pembaziran samada kerana menjaga status atau lainnya, haram hukumnya dan boleh masuk ke neraka.

Banyaknya sebab untuk kita masuk neraka Allah kalau dalam berhadapan dengan nikmat Allah, kita tidak membawa hati HAMBA. Ingatlah, nikmat-nikmat itu terlalu dekat dengan neraka. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan nikmat Allah.

Call Now
Directions