Tag Archives: anak yatim yang bersyukur
PERBEZAAN ANTARA FAKIR DAN MISKIN…
Sebagian ulama ada yang beranggapan bahwa fakir dan miskin adalah sama padahal keduanya berbeza. Namun, ada perbezaan pendapat di antara ulama dalam membezakan keduanya. Ada yang berpendapat bahawa orang fakir lebih susah berbanding orang miskin, ada pula yang berpendapat sebaliknya. Yang rajih, orang fakir lebih kesusahan daripada orang miskin.
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Orang fakir lebih susah daripada orang miskin. Orang miskin adalah orang yang mempunya harta/pendapatan, namun tidak mencukupinya, sedangkan orang fakir tidak punya harta/pendapatan sama sekali. Ini adalah pendapat Imam asy-Syafi’i serta jumhur ahli hadits dan ahli fiqih.” Ini pula pendapat Ibnu Hazm azh-Zhahiri.
Dalil-dalil yang ada menunjukkan secara jelas hakikat fakir dan miskin, serta perbezaan diantara keduanya. Jadi, jika digandingkan maka keduanya sangat berbeza. Namun, perlu diketahui bahwa jika disebutkan kata fakir secara tersendiri, maknanya meliputi miskin. Demikian pula jika dikatakan miskin disebutkan secara tersendiri, maknanya meliputi fakir.
Surah Al-Ikhlas dan huraiannya….
1.Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.
Surah Al-Ikhlas terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan selain Islam, seperti paganisme, animisme dan sebagainya. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam iaitu Umaiyah, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal atau Esa, ia merujuk kepada Allah SWT).
2.Sebab Diturunkan
Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah seorang musyrik meminta kepada Rasulullah SAW: “صف لنا ربك”– ‘Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami, baigaimana Tuhanmu itu,emaskah dia atau tembaga atau loyangkah ia?).
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada seorang musyrik meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.
Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan jelasanya bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, .Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya Allah daripada berbilang-bilang dan bersusun-susun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat Kesempurnaan dan Dia adalah tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Kerana tidak ada sesuatu pun yang ada persamaannya dengan Allah itu“.
BERKONGSI REZEKI
SEMPENA RAMADAN & SYAWAL BERSAMA WARGA RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH 2019/1440H
RALK membuka peluang tajaan :
💎 – TARAWIH bersama anak-anak Rumah Amal Lipahan Kasih (RALK)
💎 – Sahur, Iftar dan Moreh setiap hari / sepanjang RAMADHAN
- Barangan asas dapur basah & kering
💳- Bayaran bil utiliti dan sewa
🧕🏽- Baju program seragam dan Baju raya
💎- Bayaran zakat, fidyah, sedekah dan infaq
💎 – Persiapan Syawal baju raya,kasut raya,kuih raya dan duit raya untuk 125 pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki.
untuk pertanyaan lanjut hubungi
☎ Pejabat RALK 03-80618050 / 80523814
📱 Pn.Aiman 011-37037672
📱 Pn.Ilyani 018-9191658
Maybank – Limpahan Kasih Solution – 562777220661
sila klik disini
SURAT TAJAAN RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA!
ERTI DAN KESAN MENGENAL TUHAN
Mengenal Tuhan ertinya mengenal tujuan mati dan hidup
Kerana Tuhanlah kita hidup dan mati
Mengenal Tuhan ertinya mengenal tempat rujuk,
mengenal tempat berlindung, mengenal tempat menyerah diri,
mengenal tempat mengadu, mengenal tempat bermanja.
Mengenal Tuhan ertinya mengenal perbuatan Tuhan ke atas diri kita
Semuanya yang berlaku pada diri kita
adalah mengandungi hikmah dan pengajaran yang berguna
Apabila mengenal Tuhan
barulah kita rasa seronok melaksanakan syariat-Nya
Dengan syariat-Nya kita akan selamat dan menyelamatkan
Kerana syariat itu adalah disiplin kehidupan
Disiplin adalah sangat diperlukan oleh setiap insan
Dengan disiplin manusia hidup teratur
Setiap masa ada program yang tertentu untuk faedah manusia
Masa tidak terbuang
setiap ruang masa ada jadual hidup yang berguna
Dengan syariat manusia hormat-menghormati satu sama lain
Dapat bekerjasama sama ada secara langsung
mahupun tidak secara langsung
Kemajuan pun terbangun
Hidup berkasih sayang dan harmoni juga wujud
Berlakulah maaf-bermaafan, bertolak ansur,
berlapang dada sesama manusia
Syariat mendisiplinkan manusia hidup secara bersih,
rajin dan cergas
Bersih daripada pengkhianatan, penzaliman,
daripada jatuh-menjatuhkan, daripada rasuah
Setiap orang ingin hidup bersih,
maka terjauhlah segala maksiat dan jenayah
Apabila bersyariat bertunjangkan iman
kerana Tuhan telah dikenal
Dari syariat lahirlah akhlak yang mulia
dan peribadi yang tinggi moralnya
Akhlak yang mulia itulah pendorong perpaduan,
kedamaian, kasih sayang dan keharmonian
Maka berlakulah manusia di dunia seolah-olah satu keluarga
Ini telah pernah berlaku di dalam sejarah
Terutama di zaman Rasulullah SAW yang begitu indah.