Tag Archives: bantudibantu
AMAL KEBAJIKAN
IBADAH QURBAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF. 2022/1443H.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas kami menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1443H bersamaan / 10hb Julai 2022 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut :
1.Harga satu bahagian daripada seekor lembu :- RM 800.00
2.Harga untuk seekor lembu :- RM 5,600.00
3.Harga untuk seekor kambing :- RM 1,200.00
- Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PJLK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian berikut :-
โข Whatsapp PJLK : 011-69889829
โข En Zahid : 011-28504073
โข Pn Hajar : 018-3103127
- Akhir kata PJLK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.
Sekian, terima kasih.๐
3 Perkara Amalan Yang Dibawa Mati
Perlu Di Baca
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ุฅูุฐูุง ู
ูุงุชู ุงููุฅูููุณูุงูู ุงููููุทูุนู ุนููููู ุนูู
ููููู ุฅููููุง ู
ููู ุซูููุงุซูุฉู ุฅููููุง ู
ููู ุตูุฏูููุฉู ุฌูุงุฑูููุฉู ุฃููู ุนูููู
ู ููููุชูููุนู ุจููู ุฃููู ููููุฏู ุตูุงููุญู ููุฏูุนูู ูููู
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.[1][1]
ุนููู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุจููู ุฃูุจูู ููุชูุงุฏูุฉู ุนููู ุฃูุจูููู ููุงููย ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุฎูููุฑู ู
ูุง ููุฎูููููู ุงูุฑููุฌููู ู
ููู ุจูุนูุฏููู ุซูููุงุซู ููููุฏู ุตูุงููุญู ููุฏูุนูู ูููู ููุตูุฏูููุฉู ุชูุฌูุฑูู ููุจูููุบููู ุฃูุฌูุฑูููุง ููุนูููู
ู ููุนูู
ููู ุจููู ู
ููู ุจูุนูุฏููู
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: โSebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.โย [1][2]
1) SEDEKAH JARIAH
Perkara pertama yang disebutkan dalam hadis pertama ialah sedekah jariah iaitu sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Semasa hidup di dunia si mati melakukan amalan tertentu yang dia tetap memperolehi pahala walaupun dia telah meninggal dunia seperti mendirikan masjid, sekolah dan menggali telaga. Begitu juga amalan-amalan lain yang terus menerus mendatangkan manfaat kepada orang lain seperti membina hospital, membina jambatan, mewakafkan buku-buku agama dan sebagainya.
Generosity is giving more than you need and pride is taking less than you need.ย Kemurahan hati adalah memberi lebih banyak daripada yang kamu perlukan dan kebanggaan mengambil kurang dari yang engkau perlukan.ย
2) ILMU YANG DIMANFAATKAN
Ilmu yang bermanfaat yang ia ajarkan kepada orang lain akan terus mengalirkan pahala baginya walaupun ia telah meninggal, sebagaimana dalam hadits di atas. Selain hadits di atas, Rasulullah juga menjelaskan:
ู
ููู ุฏูุนูุง ุฅูููู ููุฏูู ููุงูู ูููู ู
ููู ุงููุฃูุฌูุฑู ู
ูุซููู ุฃูุฌููุฑู ู
ููู ุชูุจูุนููู ููุง ููููููุตู ุฐููููู ู
ููู ุฃูุฌููุฑูููู
ู ุดูููุฆูุง
โBarangsiapa yang berdakwah kepada petunjuk (kebaikan) maka dia mendapatkan pahala seperti pahala yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.โ (HR. Muslim dari Abu Hurairah z) Beliau juga bersabda:
ุฅููููู
ูุง ุงููุฃูุนูู
ูุงูู ุจูุงูููููููุงุชู ููุฅููููู
ูุง ููููููู ุงู
ูุฑูุฆู ู
ูุง ููููู
โSesungguhnya amalan-amalan itu dikira dengan niat dan setiap orang memperolehi apa yang dia niatkan.โ[2][3] (al-Bukhari, no: 1)
PERLU DIKETAHUI A help in sincerity is not a hope repay
Pertolongan yang tulus tidak akan mengharapakan imbalan kembali.
Dan niat itu harus ditujukan semata untuk Allah, ikhlas kerana mengharapkan wajah-Nya yang Mulia. Ibadah tanpa keikhlasan niat maka tertolak sebagaimana bila ibadah itu tidak sejalan dengan tuntunan Rasulullah SAW. Allah ta`ala berfirman tentang ikhlas dalam ibadah ini :Dan tidaklah mereka diperintah kecuali untuk beribadah kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama bagi-Nya. (Al Bayyinah : 5)
3) DOA ANAK YANG SHOLEH
Perkara ketiga yang disebutkan oleh hadis ialah anak si mati yang soleh yang mendoakan untuknya. Si mati mendidik anaknya dengan didikan Islam dan akhlak mulia sehingga dia membesar dalam ketaatan kepada Allah dan berbakti kepada ibu bapanya. Apa yang diajarkan oleh si bapa itulah yang diamalkan dan menjadi amalan si anak. Ini menyambungkan lagi suratan amalan si mati. Setiap amalan soleh yang dilakukan anak tetap dikira sebagai pahala buat ibu bapanya yang mendidiknya. Oleh kerana usaha mendidik dan membesarkan anaknya, ibu bapa akan terus mendapat pahala selepas meninggal dunia. Anak tidak perlu meniatkan apa-apa pahala untuk ibu bapanya kerana amalannya itu akan dikira sebagai dalam catatannya dan tidak disyariatkan pula menghadiahkan pahala untuk si mati. Tambahan pula, terdapat hadis yang menyokong perkara ini:
ุนููู ุนูุงุฆูุดูุฉู ุนููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุฃูููููู ููุงูู ููููุฏู ุงูุฑููุฌููู ู
ููู ููุณูุจูู
Diriwayatkan daripada โAishah daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda: โAnak seseorang itu termasuk dalam usahanya.โ[3][5]
*Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
CONCLUSION IS..
Dream as if you’ll live forever, live life as if you will die today.Bermimpilah seperti jika anda akan hidup selamanya, jalani hidup seperti jika anda akan mati hari ini.