Tag Archives: CARE UPM
BENGKEL BAHASA INGGERIS – CARE UPM
26 Mei 2015 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah mengadakan Bengkel Bahasa Inggeris sesi 1 di bawah Program Insaniah –Sihat, Sejahtera Dan Berjaya yang juga dikenali dengan nama SSB. Bengkel ini bertempat di Pusat Pendidikan Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, Malaysia dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. 3 orang pelajar sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu En. Othman bin Abdul Kareem, Cik Hairunnisa Zasenawi dan Cik Razalina Ismail telah dilantik sebagai fasilitator untuk program ini. Input dan bahan pengajaran untuk program ini adalah di bawah seliaan Dr. Habsah Hussin, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Seramai 50 orang pelajar RALK menyertai sesi ini yang mengandungi modul seperti Simple knowledge about English Test, Body Parts, Present Tense (Habitual Activities) dan Simple Verb To Be.
Bengkel Bahasa Inggeris ini merupakan projek khas di bawah dana Universiti Putra Malaysia bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan dari universiti kepada kumpulan sasar dalam komuniti. Di bawah projek ini, terdapat empat (4) objektif utama yang mensasarkan peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan kesihatan dan keusahawanan. Bengkel Bahasa Inggeris merupakan salah satu sub-projek dalam meningkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar RALK. Seterusnya, tiga (3) sesi lagi bengkel ini akan dijalankan mengikut jadual dan pembelajaran yang lebih interaktif untuk mencapai objektif pemindahan ilmu kepada pelajar RALK. |
SYARAHAN INAUGURAL PROF DR. LATIFFAH A. LATIFF – CARE UPM
Pada 7 November 2014 telah diadakan satu syarahan inaugural oleh Profesor Dr. Latiffah A. Latiff yang bertajuk “Transformasi Kesihatan Wanita ke Arah Kesejahteraan Komuniti”. Syarahan ini telah diadakan tepat pada pukul 9.45 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Komputer, UPM. Seramai lebih kurang 349 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan UPM, keluarga serta rakan lama Prof. Dr. Latiffah. Majlis pembukaan telah diserikan oleh anak-anak penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong.
Sumber: Facebook CaRE UPM
MAJLIS AIDILFITRI 2014 DI RALK
Pada Ahad 10hb Ogos 2014 yang lalu, Pentadbiran dan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri diiringi dengan Mini Karnival Kesihatan / Keusahawanan anjuran bersama UNIKL dan CARE UPM.
Acara telah berlangsung dari 8.00 pagi hingga jam 11.00 malam. Pameran kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma telah diaturkan untuk para pengunjung. Di sebelah malam, para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan oleh Generasi Harapan.