Tag Archives: kasih sayang
KASIH SAYANG
Dari Hadis Qudsi, berfirman Allah Taala kepada *rahim* (belas kasihan):
Aku menciptakanmu daripada kekuasaan-Ku dan Ku-ambil nama itu dari nama-Ku, dan telah ku-dekatkan tempatmu di sisi-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, akan Aku perhubungkan sesiapa yang menghubungimu dan Aku putuskan pula sesiapa yan memutuskanmu ( memutuskan kasih sayang), dan Aku tidak akan redha terhadapnya hingga engkau meredhainya.
(Ibnu Abbas riwayat Hakim)
BERBAGAI JENIS BAKHIL
Bakhil itu bukan hanya susah hendak memberi orang duit
Berkira sangat dengan wang ringgit
Kalau orang susah pun payah dia hendak memberi bantuan
Bakhil semacam ini biasalahTapi bakhil itu banyak kategori
Bakhil itu bukan hanya berkira dengan duit sahaja
Ada bakhil selain itu
Tidak suka beri ilmu kepada orang kecuali dikenakan bayaran
Payah senyum dan mesra dengan orang
Payah hendak memberi tenaga untuk berkhidmat kepada orang
Termasuk bakhil juga bakhil memberi nasihat kepada orang
lebih-lebih lagi orang yang memerlukan
Yang lebih besar daripada itu bakhil memberi kasih sayang kepada orang
Sedangkan kasih sayang lebih diperlukan daripada wang
Bahkan bakhil kasih sayang itu lebih banyak berlaku di zaman sekarang
Kerana itu ramai orang sudah kehilangan kasih sayang
Sebab zaman ini sudah ramai orang yang bakhil memberi kasih sayang
Bahkan orang yang hendakkan kasih sayang pun bakhil memberi kasih sayang
pada orang
Bakhil kasih sayang adalah kemuncak kebakhilan
Sebab itulah ramai manusia yang gersang jiwa daripada kasih sayang
Kerana air kasih sayang sudah lama tidak disiram
Hari ini berbagai bentuk bakhil telah berlaku
Sekalipun di negara-negara umat Islam
Sebab utamanya adalah cinta dunia
Masing-masing memikirkan diri dan mengutamakan diri
Hidup nafsi-nafsi, maka berlakulah berbagai-bagai bentuk kebakhilan
di dalam kehidupan
Akibatnya kasih sayang sudah semakin hilang
Kesannya perpaduan semakin renggang
Menjadikan kekuatan bangsa hilang
Untuk memulihkan penyakit bakhil ini bukan senang
Memerlukan seorang pemimpin membawa bangsanya berjuang
ke arah pemurah dan kasih sayang
Barulah ada kemungkinan pemurah dan kasih sayang itu berlaku di dalam kehidupan
Sifat pemurah di semua aspek sangat diperlukan di dalam kehidupan
Kerana itulah ia mesti diperjuangkan