Tag Archives: kematian
KISAH REMAJA PEREMPUAN YANG CELUPAR MULUT TERHADAP TUHAN
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di Syurga atau Neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilik-ku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di Neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.
Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
RAMADHAN MENDEKATKAN KITA DENGAN KEMATIAN DAN AKHIRAT
Pejam celik pejam celik sudah hampir sudah 26 hari kita berpuasa…Bagaimana dengan puasa kita tahun ini hanya kita sendiri yang tahu! Apapun puasa dan segala pakej Ramadhan sebenarnya sangat mebawa hati kita mendekati kematian dan hari akhirat. Rasa lapar dahaga dan mujahadah sepanjang Ramadhan mengingatkan kita dengan berbagai kesulitan akhirat.
Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup di dunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya. Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan.
Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala.
Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.
Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggamanNya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah ke atas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga dihari pertemuan denganNya.
Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.
Ada manusia yang di awal hidupnya dalam kesesatan. Manakala di akhir hidupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya dan berada dalam kebenaran.
Terdapat manusia yang di awal hidupnya dalam kebenaran tetapi di akhir hidupnya dalam kesesatan.
Terdapat pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.
Kita tidak tahu kategori mana yang menimpa nasib kita. Nasib kita belum tahu. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah swt di akhirat kelak dalam kesesatan.
Sedangkan dunia ini ibarat mimpi saja berbanding akhirat. Sebab itu Allah swt ulang banyak kali dalam Al Quran dengan maksud, “Dan akhirat itu lebih baik dan kekal.”
Lebih baik yang Allah swt istilahkan itu tidak boleh di fahamkan maksudnya menurut bahasa. Lebih baik yang Allah swt maksudkan itu menurut pengertian Tuhan. Kalau lebih baik itu di sudut sedapnya rasa makanan, kelazatan di akhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih. Ini belum lagi digabungkan dengan kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.
Itupun Nabi saw gambarkan kegembiraan orang berpuasa bila mereka berbuka dan bila mereka mendapat keampunan Allah di akhirat.
Ramadhan adalah peluang keemasan bagi seorang mukmin menjadikan bulan ini sebagai medan beramal ibadah kepada Allah , meningkatkan kedudukannya dan merasai kelazatan melalui pelbagai jenis ibadah yang tidak sama walaupun dihimpunkan seluruh keseronokan dunia. Inilah yang dihayati oleh para salihin di mana bulan Ramadhan lebih utama dalam kehidupan mereka hingga ada di antara mereka yang mengungkapkan:
“Orang-orang miskin yang menghuni dunia mereka meninggalkan keseronokan dunia dan mereka mengetahui ada yang lebih utama daripada dunia. Lalu ada yang bertanya: Apakah yang lebih utama daripada dunia dan segala isinya. Lalu dijawap: Rasa senang dengan Allah”.
Oleh itu seorang yang sentiasa hidup di bawah naungan penyembahan dan ibadah kepada Allah tentunya dikurniakan penyembuhan ke dalam ruh, ketinggian di dalam hati, kemuliaan di dalam jiwa, kerehatan di dalam emosi, kelurusan di dalam tingkah laku dan keprihatinan mengembangkan kebajikan kepada orang lain. Ini di dunia. Sedangkan di akhirat nanti telah ditentukan kesudahannya dan tempat pembalasannya yang abadi. Ketika mana meningkat tahap ibadahnya kepada Allah, maka meningkat juga kedudukannya di sisi Allah seperti yang dinyatakan oleh Ibn ‘Ata’:
“Jikalau anda mahu mengetahui kedudukan kamu di sisi Allah, lihatlah apa yang anda lakukan”.
Sumber: www.suaramuhajirin313.blogspot.my
KEMATIAN ITU PASTI – BILA-BILA AKAN TERJADI
Assalamualaikum….
Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Sibuk tak tentu hala. Yang dikejar belum tentu dapat tapi yang pasti solat ditinggalkan!! Sibuk dengan jadual hari-hari tidak habis-habis….Rindu orang itu, rindu orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.
Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar entah ke mana, solat maghrib tak tahu ke mana.
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
“Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat.”
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, “Benda dah selalu diingatkan.
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.”
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.
Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu dah nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
“Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*”
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
“Nak apa?” Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni. “Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan”
Tergamam.
Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jaga solat, jaga aurat, jaga syariat wahai sahabat2ku… Tepuk dada, tanya iman!!!
Ingat Allah – ingat malaikat maut yang tengok kita satu hari 70 kali.. Syukurlah kerana kita belum mati. Masih ada waktu untuk kita baiki diri. Jangan bertangguh lagi okey!!
KEMATIAN YANG DIRINDUI
Wahai kematian yang dirindui,
Oleh kerana Rasulullah SAW ada bersabda:
“Secerdik-cerdik manusia ialah yang paling mengingati kematian”.
Maka bodoh sangatlah kami ini kerana selama ini kami takut dengan-mu wahai kematian. Bodoh macam orang yang tak mahu kahwin kerana takut nak bersalin. Sakit katanya. Jadi tak kahwin lah dia. Bodoh tak?
Aduh, kematian yang menjanjikan 1001 keindahan itu ditakuti dan dilupakan saja oleh orang Islam! Bodohnya. Kena tipunya dan ruginya wahai orang Islam.
Kenapa dan mengapa sampai terjadi begini agaknya?
Kesalnya kami wahai kematian, tidak terkira-kira lagi rasanya!
Kematian sepatutnya ialah hari yang begitu dipersiapkan.
– Macam orang yang diberikan jamu sedari kecil kepada anaknya sebagai persiapan untuk kahwin.
– Macam orang yang siapkan komputer untuk anaknya yang tak lahir lagi supaya lahir-lahir saja terus pandai main computer.
– Macam orang yang simpan duit sejak di sekolah lagi agar dapat masukkan anak ke universiti.
Kematian sesungguhnya kerana pentingnya, ia lebih-lebih lagi patut dipersiapkan sebenarnya.
Bukannya macam sekarang, bila mati saja seseorang, maka orang yang hidup pun cakap,
“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Walaupun dia kesayangan kita, namun nampaknya Allah lebih sayangkannya. Saya redha”
Walhal sepatutnya kata-kata yang dibuat itu begini:
“Ya Allah, macamana ni, dia dah mati. Munkar Nakir akan soal macam-macam. Dia boleh jawab tak? Kalau tidak teruklah dalam kubur. Nanti di Akhirat yang mula-mula Allah tanya tentang sembahyang. Cukup bilangan tak? Khusyuk ke lalai? Kalau lalai dalam sembahyang ke neraka Wail lah tempatnya. Macamana ni?
Ya Allah, Tolong, tolong, tolong.
Sebenarnya persiapan untuk mati yang dirindui itu ialah jadikan hidup untuk Allah dan Rasul. Bukankan itu yang diazankan kepada kita seelok kita dilahirkan ke bumi?
Macamana boleh tersilap?
Hidup ialah untuk membalasi cinta Allah dan Rasul yang menghadiahkan kehidupan ini kepada kita?
Cinta Allah dan Rasul terlalu Agung kepada kita. Rasakanlah. Seperti kita sayangkan ibu bapa begitu sekali, macamana boleh terjadi kita tidak menyayangi Allah dan Rasul lebih dari itu?
Sepatutnya cinta Agung itu sangat terjadi antara kita dan Allah serta Rasul.
Sesungguhnya, hanya orang yang mengalami cinta kepada Allah dan Rasul sahaja yang mampu untuk menikmati perasaan rindukan kematiannya. Sebab kematian ialah bertemu dengan seagung-agung cinta!
Sebab hidup yang sebenar-benarnya itu ialah kematiannya yang indah. Kematian bukan memutuskan seperti kata musuh-musuh Allah itu. Kematian menurut Allah dan Rasul ialah penghubung kepada kehidupan Yang Maha Indah penuh kebahagiaan bersama Allah dan Rasul di dalam Syurga mereka
Ampun maaf.