Tag Archives: kesusahan anak yatim

ALLAH CINTA AGUNG

TAKUTLAH KEPADA ZAT YANG MAHA AGUNG

Engkau tidak takutkah kepada satu zat yang maha agung?
Yang pengetahuan-Nya tidak lepas daripada engkau.
Yang senantiasa melihat dan mendengar setiap detik.
Yang dapat menyuluh lahir dan batin engkau.
Apa yang engkau lakukan semuanya dirakam dan dicatat.
Bahkan lintasan hati engkau juga dirakam.
Apa lagi gerak -geri engkau.
Apa yang terjadi kapada engkau semuanya dinilai.
Apakah ada nilai Syurga atau Neraka.

Itulah Dia Allah Yang Maha Berkuasa, Tuhan engkau.
Sifat yang ada padanya baik itu ilmu-Nya,
Kuasa-Nya atau Kehendak-Nya.
Semuanya bersifat Maha, Maha, Maha.
Maha Agung, Maha tinggi, Maha suci, Maha berkuasa,
Maha Mengetahui dan lain-lain lagi.

Engkau adalah ciptaan-Nya, hamba-Nya yang hina.
Kalau engkau mempunyai dunia sekalipun.
Apa lagi engkau tidak mempunyai dunia.
Engkau hanya mempunyai dunia sedikit saja.
Ibarat engkau mendapat setitis air lautan.
Hinanya, Lemahnya, dan tidak ada kuasa langsung
jika berhadapan dengan Tuhan.
Kemudian engkau dapat melupakan Tuhan begitu saja.

Engkau hanya melihat dan merasakan kebesaran engkau.
Yang hakikatnya engkau tidak ada kebesaran apa-apa.
Kalau Tuhan hentikan saja nafas engkau.
Engkau matilah secara tiba-tiba.
Masya-Allah.. terlalu lemah dan kerdilnya engkau.
Kemudian engkau mahu melawan Tuhan?!


⌾Abu Nizam⌾

BUTIR MUTIARA 💖

MEMBANGUN TAMADUN MANUSIA

Petikan dari : http://www.majalahummati.com

⏣ Tujuan ibadah, maksud pelajaran, matlamat pendidikan dan seterusnya membangun dan berkemajuan adalah untuk membangunkan akhlak yang mulia, kalau tidak dapat melahirkan akhlak yang mulia melalui usaha-usaha tadi, artinya usaha-usaha kita melalui yang tersebut tadi gagal dan kecundang ⏣ ~ {abu adib}

Fitrah manusia inginkan kamajuan, inginkan pembangunan dan peradaban atau tamadun. Tetapi bagaimana membangun tamadun yang selamat.?

⌾ ..manusia berhasil membangunkan dunianya, tetapi akhlaknya runtuh. Dunianya terbangun tetapi hasilnya atau pengaruhnya buruk. Terjadilah perpecahan, hasad dengki.⌾

Kalau tamadun itu semata-mata hanya tamadun lahiriah , tidak berdasarkan tamadun rohaniah, maka manusia berhasil membangunkan dunianya, tetapi akhlaknya runtuh. Dunianya terbangun tetapi hasilnya atau pengaruhnya buruk. Terjadilah perpecahan, hasad dengki atau bertengkar antara satu dengan yang lain. Akhirnya manusia saling berbunuhan, saling berperang dan memusnahkan kembali tamadun lahiriah yang sudah manusia bangunkan.

Oleh karena itu untuk memastikan pembangunan lahiriah atau tamadun lahiriah kita selamat dan sejahtera, harus dipastikan bahawa pembangunan lahiriah dibangun berdasarkan atau berasaskan pembangunan rohaniah. Fitrah manusia harus dikembalikan kesuciannya. Untuk itu harus dimulai dengan Iman dan Taqwa. Harus diisi dengan rasa-rasa takutkan Allah swt dan rindukan Rasulullah saw. Fitrah manusia harus dikembalikan kepada rasa-rasa kehambaan dan rasa-rasa bertuhan.

Dengan demikian tamadun lahiriah yang manusia bangunkan akan dapat dipastikan kejayaan dan keselamatannya. Lebih-lebih lagi yang kita harapkan adalah kesejahteraan dan kebahagiaan kita di akhirat nanti.

Inilah yang sedang sangat perlu dibangunkan di dalam diri kita dan di mana-mana sahaja, dalam aspek kehidupan.

Madah Hati 💞 XVI

Madah Hati 💞 XV

KETAATAN SEORANG KEKASIH PADA KEKASIHNYA

SEJARAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.

”Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Petikan : http://didalamislam.blogspot.com

Mari sama-sama kita menghayati dan mengambil pelajaran dalam peristiwa ini. Moga kita semua menjadi hamba-hamba yang taat, pada perintah Allah swt.

Call Now
Directions