Tag Archives: kesusahan anak yatim

KOMPLEKS PENDIDIKAN & LATIHAN VOKASIONAL MLVK ” LIMPAHAN KASIH LIL BANAT “

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera , pada semua para dermawan-derdawan  yang dikasihi Allah S.W.T.

” CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS LATIHAN LIMPAHAN KASIH “ Rumah Amal Limpahan Kasih ingin mengajak anda bersama-sama mengambil saham menyumbang dana untuk membangunkan kompleks latihan limpahan kasih semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T.

 

3 UNIT BANGUNAN
*KAFE
*BAKERI
*PASAR SEGAR

3 UNIT BANGUNAN
*KAFE
*BAKERI
*PASAR SEGAR

Cinta Rasulullah SAW kepada anak yatim

Cinta Rasulullah SAW kepada anak yatim

 

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda : “Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini – sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya – jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga). (Hadis Riwayat Bukhari)

Anak yatim merupakan duta kecil Nabi. Mendekati mereka bermakna mendekati Baginda. Banyak hadis yang menceritakan kelebihan orang yang menjaga dan berbuat baik kepada anak yatim. Sayang sekali kalau kita tidak teruja dengan tawaran eksklusif ini. Islam sangat mengambil berat perihal anak yatim. Jika disemak dalam al-Quran, Allah menjelaskan berkenaan anak-anak yatim di pelbagai tempat.

Siapakah anak yatim?

Anak yatim merujuk kepada anak-anak yang kematian bapa. Bahkan ada yang berpendapat ibu, atau jika kematian salah seorang daripada ibu atau bapa. Tetapi pendapat yang lebih kuat ialah anak yang kematian bapa. Mengapa bapa? Kerana bapa diibaratkan ‘tangan’ yang akan membawa pulang makan-minum dan sebagainya untuk keluarga. Justeru kehilangan bapa akan memberi kesan kepada perkembangan anak-anak tersebut baik dari sudut mental, fizikal, keyakinan diri dan kewangan.

Berkaitan usia anak-anak yang dikatakan anak yatim, Saiyidina Ali berpendapat umur anak yatim ialah sebelum umur baligh. Hal ini bermaksud setelah baligh dia tidak lagi dikira sebagai anak yatim. Manakala menurut Imam Hanafi, usia anak yatim ialah anak-anak yang berada di bawah umur 18 tahun.

Sikap berbuat baik

Allah Taala menyebut di dalam Surah ad-Duha ayat 9-10 : “Pada anak yatim itu ada penawar yang menyembuhkan. Pada anak yatim itu juga ada racun yang sangat menyakitkan. Sekiranya hatimu tega dan rela dengan kesusahan mereka ertinya kau lupa dengan pesan Allah ini. Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berkasar, dan terhadap pengemis janganlah kau herdik.”

Mereka ini mempunyai hak untuk ditunaikan seperti mana yang disebut dalam ayat di atas, berbuat baik kepada mereka adalah perkara yang paling terpuji, dan menyakiti mereka adalah perkara yang paling dikeji. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang menanggung makan minum seorang anak yatim Muslim sehingga cukup keperluannya, maka wajib baginya syurga.” (Riwayat al-Tabarani)

Rasulullah sangat menyayangi anak yatim, perasaan ini semuanya datang daripada hati Baginda yang penuh dengan cinta. Baginda pernah mengalaminya, kerana itu baginda dapat menghayatinya. Semasa Perang Muktah walaupun dimenangi oleh umat Islam namun turut menyaksikan kehilangan ramai sahabat Nabi. Antaranya Zaid bin Harithah, diikuti Jaafar bin Abu Talib, sepupu rapat Baginda dan diakhiri dengan Abdullah bin Rawahah.

Pemergian Jaafar amat dirasai, beliau meninggalkan isteri dan dua orang anak kecil yang sedang membesar. Maka Rasulullah mengambil berat urusan mereka. Rasulullah pernah menjadi pengasuh anak yatim.

Daripada kisah ini kita boleh meneladani dan melihat betapa mulianya hati seorang Nabi junjungan mulia, mengajar kita erti cinta kepada anak yatim yang kehilangan tempat bergantung, bahkan mengambil tempat sebagai bapa angkat kepada mereka.

Cintailah dan Sayangilah Anak Yatim

Belajar dengan Rasulullah

Kita semua harus belajar daripada kisah yatim Rasulullah. Tentang erti kesabaran, kegigihan, keberanian dan kejujuran yang menjadikan Baginda seorang peniaga yang berjaya, hakim yang jujur dan bijaksana, pendakwah yang penuh hikmah dan tidak pernah mengalah, jeneral perang yang penuh strategi dan berani, ahli ibadah yang taat dan sering menangis, orator yang bicaranya memukau dan mempengaruhi telinga yang mendengar, pemimpin yang adil dan penuh kasih sayang, dan seorang Nabi dan Rasul yang sangat dicintai dan mulia.

Baginda merupakan idola si yatim yang hebat. Yatim bukanlah alasan untuk merasa malas, hina dan terasing. Sebaliknya harus menjadi pencetus motivasi untuk meraih kehidupan yang lebih baik dengan sifat jujur, amanah, rajin, gigih mencari ilmu dan iman demi kejayaan dunia dan akhirat.

Yatim hakiki adalah apabila miskin akhlak dan budi, sering tidak bersyukur akan kurniaan Allah. Sekiranya kita mengabaikan anak yatim, diri kita inilah yang yatim sebenarnya. Orang yang intim dan menjaga anak yatim akan intim dengan Rasulullah, bahkan akan intim dengan Allah.

Kasih sayang terhadap anak yatim sinonim dengan iman. Maka apakah kita beriman sekiranya mengabaikan anak yatim sama ada yang berada di kawasan berhampiran atau dalam masyarakat dan di negara kita?

KEBAHAGIAAN SEDERHANA ANAK YATIM

Biasanya saat bulan Ramadhan tiba, setiap orang berbondong-bondong untuk meningkatkan ibadahnya. Ada banyak hal yang dilakukan oleh setiap orang salah satunya adalah dengan melayani anak yatim. Anak yatim dikenal sebagai anak yang memang sudah tidak memiliki ayah atau ibu. Di Malaysia sendiri anak yatim cukup banyak. Ada yang memang dijamin kehidupannya melalui keluarga angkat atau sebaliknya, ada pula yang tidak sehingga kebanyakan anak yatim itu memang dari keluarga yang tidak mampu. Seperti kisah berikut salah seorang anak yatim dari daerah ujung Indonesia yang menginginkan sesuatu yang sudah lama diinginkannya.

Bila menjelang Idul Fitri, pada umumnya seorang anak ingin menginginkan baju ataupun makanan. Tetapi berbeza dengan gadis berusia 13 tahun itu dia menginginkan sebuah Al-Qur’an yang baginya harganya cukup mahal. Pada suatu kesempatan dia diajak oleh salah seorang dermawan untuk berbelanja di pusat perbelanjaan. Ketika orang lain berlumba-lumba memilih baju dan makanan, gadis cantik tersebut memilih ke tempat  kedai buku dan memandangi Al-Qur’an cukup lama.

Seorang dermawan yang mengajaknya pergi pun memperhatikan dengan seksama apa yang dilihatnya. Ketika dihampiri gadis cantik tersebut menangis. Kemudian lelaki dermawan tersebut menanyakan apa yang terjadi padanya. Dengan sedih hati gadis tersebut menjawab bahawsannya dia menginginkan Al-Qur’an yang sudah lama diimpikannya. Baginya Al-Qur’an tersebut mahal dan belum cukup untuk membelinya.

Mendengar jawapannya, hati lelaki dermawan tersebut semakin tersentuh dan kemudian menyuruhnya untuk mengambil Al-Qur’an yang diinginkan. Serentak sahaja  wajahnya berubah menjadi bahagia, tangisan kebahagiaan pun datang menghampirinya.

Kebahagiaan terkadang tak boleh diukur mengikut keadaan. Ada yang bagi kita sederhana namun buat orang lain begitu besar maknanya dan membuatnya bahagia.  Boleh jadi akan banyak gadis kecil lain yang memang memerlukan uluran tangan kita dalam bentuk apapun.

Anak-anak disini amat mengalu-alukan pertolongan dari mana-mana pihak.

Senarai barang keperluan anak-anak :

  • sabun mandi
  • sabun basuh baju
  • ubat gigi
  • shampu
  • berus gigi
  • tuala
  • bawang merah
  • bawang putih
  • beras
  • pencuci lantai
  • pencuci pinggan
  • biskut
  • teh,kopi dan sebagainya

Jangan Resah Andai Ada yang Membencimu, Itulah Dari Allah Untuk Kamu Dimuliakan

Bersabarlah bila ada yang membencimu, kerana kebencian mereka padamu sebenarnya cara Allah agar hatimu menjadi lebih kuat. Maka, tidak usah merasa gelisah, selagi kamu sedar bahawa dirimu tidak pernah melakukan kesalahan pada mereka.

SETIAP yang telah terjadi, sedang terjadi,bahkan yang akan terjadi adalah dari kehendak Tuhan Yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi, di langit, di Syurga, di Neraka, di Arasy, di Kursi,di alam akhirat, alam dunia, alam insan, alam malaikat,alam jin, alam haiwan, alam jamadat, alam arwah,

Ia berlaku dan akan berlaku mengikut kehendak Tuhan pada azali lagi Ia berlaku tepat pada masanya, tepat pada tempatnya,tepat pada keperluan makhluk-Nya,tepat berlaku di alam mana mengikut ketentuan-Nya

Bertentangan dengan qudrah-Nya, ilmu-Nya,pendengaran-Nya, penglihatan-Nya  Setiap yang telah terjadi, sedang terjadi, akan terjadi, berlaku dengan kehendak Tuhan, bukan pula Tuhan menimbang-nimbang. Maha Suci Tuhan daripada menimbang-nimbang,kerana menimbang-nimbang adalah sifat manusia

Keperluan itu terjadi adalah dengan kehendak Tuhan, berdasarkan ilmu-Nya, penglihatan-Nya dan pendengaran-Nya pada azali lagi Ia berlaku adalah dengan hikmah-Nya dan kepatutan-Nya yang juga berlaku pada azali Dengan kehendak Tuhan setiap benda yang terjadi bukan dengan pertimbangan semasa, 

Maha Suci Tuhan Kerana Tuhan sudah sedia tahu setiap masa makhluk-NyaIa terjadi adalah berdasarkan kehendak Tuhan pada azali lagisesuai dengan masa, tempat dan keperluan makhluk-NyaDengan ilmu, pendengaran, penglihatan-Nya pada azali juga

Ertinya kehendak-Nya, ilmu-Nya, penglihatan,pendengaran-Nya yang sudah sedia yang tidak bermula Kalau kehendak Tuhan ada bermula,sebelum bermula Dia tentu tidak tahu apa kehendak-Nya

Maha Suci Tuhan kehendak-Nya ada bermula.Kehendak yang ada mulanya ialah kehendak makhluk-NyaKehendak Tuhan seperti juga dengan sifat-sifat-Nya yang lain,tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk-NyaSifat-sifat makhluk seperti kehendaknya ada bermula.

Kalau begitu, satu sifat Tuhan sahaja kita faham, betapa hebatnya.Sungguh Maha Besar, Maha Agung,Maha Tinggi, dan Maha Suci.Belum kita memperkatakan sifat-sifat-Nya yang lain.Satu sahaja sifat-Nya baru kita tahu sudah terasa agung-Nya Tuhan.Kalau begitu Tuhan patut dicintai, ditakuti,disembah dan dibesarkan.Tidak patutlah selama ini ,kita tidak mempedulikan Tuhan atau tidak ambil tahu tentang Tuhan.

 

5 Safar 1421

AKTIVITI SETIAP HARI DAN MINGGU

ANAK- ANAK YANG BERJIWA

SAYANGILAH MEREKA

Cintailah Anak Yatim

ANTARA PROJEK ANAK- ANAK DISINI

 

Call Now
Directions