Tuuudiaaa.. pasukan ibu ibu mengangkat barang makanan.. eh tak!! ada yang tak kahwin lagi..
Aku harap entry ni tak berat macam apa.. sebab ada sebelas gambar semuanya.. lagipun hari tu aku pernah masuk dalam blog Hamzah Ian, dia letak 20 gambar dalam satu entry.. ok je aku buka.. kah kah lah cara nak sedapkan hati, membuat perbandingan ya kawan kawan.. bukan mengkamerkan atau membundarkan.. ok!! siap dah intro merapu aku hehehe..
Sebenarnya ini cuma gambar kenang kenangan aktiviti kelab KRK MAFC Group.. KRK ni tak silap aku maksud dia kelab rekriasi dan kebajikan ke hape, aku pun tak hengat sebab diorang sebut sebut KRK je kat opis.. aku bukan la komiti kelab ni tapi sebagai rakan sekerja, bagi jugak la sokongan dengan aktiviti syarikat.. gitoh!! hahaha
Semalam kelab KRK buat lawatan amal ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong, dekat je kat sini, lebihkurang 20 minit perjalanan daripada tempat kerja, kalau tak jem la.. dan 5 minit je daripada rumah sewa aku ni.. seramai 13 orang staff semuanya mewakili MAFC Group meluangkan masa selama hampir 3 jam bersama dengan anak anak yatim di rumah amal tersebut..
Sesi pengenalan aktiviti dan wakil syarikat di bilik tetamu bersama dengan Ustaz Zawawi (ayah), puan dan cik yang bertugas mengendalikan RALK.. di sini juga kitaorang diperkenalkan dengan seorang kanak kanak yang paling kecik kat ramah amal ni..
Memang jelas terpancar sifat keibuan mereka..
Yang ini tak jelas lagi pancarannya.. hahaha
En Khalid sebagai wakil menghulurkan sedikit sumbangan kepada Ustaz Zawawi Ramli.. beliau adalah co-founder RALK bersama sama dengan isteri beliau Ustazah Raba’ah Abdul Aziz..
Wajah anak anak yatim yang menghuni RALK.. antara tujuan utama rumah amal ini memastikan mereka membesar dengan didikan agama..
Ada persembahan.. banyak kativiti diorang sebenarnya.. ada juga kebun bunga dan kebun sayur..
Ehemmm… masa anak anak yatim tu nyanyi ramai ramai lagu nasyid something pasal ibu dan ayah .. oh serius memang sedih dowh.. tengok la wanita yang berhati kapas, mana tak menitis air mata.. lain lagi yang nyorok kat tepi tiang hehehe..
Memang tak sah kalau tak bergambar kat mana mana signboard..
Sebelum berangkat pulang.. ambek gambar dulu kat luar ya.. alolololo.. comel je adik kecik tu..
Bergambar ramai ramai.. ada penghuni RALK baru duduk depan kat hujung sana, pakai baju biru stokin putih keh keh..
“Anak-anak yatim hatinya terhiris dan sering menitiskan airmata bila melihat kanak-kanak sebaya dengannya dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Mereka juga ingin merasa pelukan ciuman kasih sayang dari seorang ibu atau ayah…”
www.rumahamallimpahankasih.org
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih bolehla berbuat demikian melalui cek atau tunai:
- Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
- Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan)
- Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)
“Susah Orang Susah Kita, Senang Kita Dikongsi Bersama”
www.rumahamallimpahankasih.org