Tag Archives: Majlis Iftar Ramadhan

ISN meriahkan Majlis Iftar Ramadhan KBS – MAKSAK 2013

Limpahan-Kasih-Berita-6

Bahagian Perubatan Sukan ISN memberikan perkhidmatan perubatan percuma di perkarangan lobi KBS Putrajaya

PUTRAJAYA, 17 Julai 2013 – Lebih 700 orang terdiri dari warga Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) serta Ahli Majlis MAKSAK hadir memenuhi perkarangan Lorong Seni Menara KBS, Putrajaya bagi memeriahkan Majlis Iftar KBS – MAKSAK di sini semalam.Lebih manis lagi apabila majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Institut Sukan Negara (ISN) juga tidak ketinggalan mengadakan pameran bersama semua agensi-agensi Kementerian Belia Dan Sukan. Institut Sukan Negara (ISN) telah menyediakan perkhidmatan pakar pemakanan dan perubatan sepanjang program ini berlangsung.Kerjasama Cawangan Komunikasi Korporat, Pusat Pemakanan Sukan dan Cawangan Perubatan telah menarik ramai pegawai-pegawai KBS dan orang ramai untuk mengadakan pemeriksaan perubatan. Pegawai-pegawai ISN juga menerangkan hal-hal berkaitan sains sukan.

limpahan-kasih-berita-6

Majlis Iftar Ramadan KBS – MAKSAK 2013

Kemeriahan dan kemuliaan Ramadhan dikongsi bersama melalui acara sumbangan MAKSAK kepada anak – anak yatim yang terdiri daripada Rumah Anak–anak Yatim Limpahan Kasih, Puchong dan Keluarga Besar Norlina Alawi, Cheras. Sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah seribu ringgit bagi setiap rumah di samping duit raya untuk setiap penghuni rumah berkenaan yang menghadiri majlis ini.

MAKSAK juga menyampaikan geran sebanyak RM 10,000 setiap satu yang disampaikan Tan Sri Dr. Ali Hamsa kepada Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia, Majlis Sukan Polis Di Raja Malaysia dan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia.

Bekas atlet – atlet negara yang telah mewarnai arena sukan tanah air suatu ketika dahulu turut diraikan melalui pemberian sumbangan kepada sembilan bekas atlet negara dari Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB ) serta pampasan insuran bernilai RM 31,000.00 kepada bekas pemain bola sepak negara, Allahyarham Shukor Jusoh dan Allahyarham Kamaruddin Mohd Noor yang meninggal dunia baru –baru ini. Sumbangan disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin.

Majlis Iftar KBS-MAKSAK ini diteruskan dengan tazkirah ramadhan, solat Isyak dan tarawikh berjemaah yang dipimpin Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebelum menikmati moreh yang disediakan di Lorong Seni, Menara KBS.

Call Now
Directions