Tag Archives: Merdeka
KENANGI JUGA PARA PEJUANG KEMERDEKAAN YANG BUKAN UMNO
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah. Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata?
Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy
Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian.
Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun.
PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)
Dirasmikan penubuhannya pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis dan tidak mendapat sokongan elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.
Yang Dipertua pertama ialah Mokhtarudin Laso yang teralu kekirian. Naib Yang Dipertua pula ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy seorang tokoh agama. Setiusaha disandang oleh oleh Dahari Ali. Apabila Mokhtarudin Laso hilang ke Sumatera Barat, bertempat di ‘Rumah Merdeka’ di Kampung Bahru jawatankuasa baru dilantik:
Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni Ahli Jawatankuasa : Abdullah CD (Cik Dat Abdullah) : Ahmad Boestamam : Musa Ahmad : Khatijah Ali : Abu Bakar Al Baqir
Nota : Selepas PKMM pindah Ke Kuala Lumpur, Khatijah Ali diganti oleh Aishah Ghani atau yang dikenali sebagai ‘Mak Inang’ iaitu penulis pojok akhbar rasmi PKMM ‘PELITA MALAYA’.Kemudian Aishah Ghani meletak jawatan apabila menjadi penjawat jawatan dalam kerajaan British.Beliau diganti oleh Samsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk Merdeka. British menolak perlembagaan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato Onn menerajuinya.
Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato’ Onn Jaafar.
PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya :
1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang.
Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar – Kedah, Selangor – Musa Ahmad, Pahang – Abas,Johar – Kadir dan Negeri Sembila – Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM).
Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5.Hizbul Muslimin.
Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap ‘Parti Islam Merah’ dan merupakan ‘bahaya dari gunung’ kepada mereka.
6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU).
Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8.Kesatuan Opera Melayu.
9.Persatuan Pemandu Teksi.
10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
http://www.suaramuhajirin313.blogspot.com/2013/08/kenangi-juga-para-pejuang-kemerdekaan.html
MENGISI KEMERDEKAAN
Marilah kita mengisi kemerdekaan kita dengan kebaikan
Untuk dunia kita lebih-lebih lagi keselamatan di Akhirat sana
Kita gunakan segala kekuatan yang ada pada kita
Untuk menghiasnya dengan ilmu, dengan harta
dan dengan seluruh jiwa raga
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menyumbang membina Negara
mengikut taraf mengikut kedudukan dan mengikut kemampuan yang ada
Saham setiap masa terbuka senantiasa terbuka
Siapa yang dapat ikut menyumbang
Ia adalah warga Negara yang setia
Malaysia perlukan kekuatan ekonomi
Agar boleh berdiri sendiri
Malaysia perlukan syariat
Untuk keselamatan dunia dan akhirat
Malaysia perlukan ilmu pengetahuan untuk kemajuan
Malaysia perlukan perpaduan untuk kekuatan dan kehormatan
Marilah menyumbang untuk Negara
Jangan tangguh-tangguh lagi
Marilah membina agama untuk kemuliaan Malaysia
Hindarkanlah kepentingan diri demi agama,bangsa dan Negara
Bila Negara berdaulat ertinya bangsa Malaysia dihormati
Berkata-kata kita janganlah tersilap
Hindarkanlah kezaliman
Perangilah politik wang dan rasuah
Buanglah sifat fitnah memfitnah dan adu domba serta dadah
Jauhilah zina, arak judi dan berfoya-foya
Membuang masa yang sia-sia
Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta
Mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki
Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti
Kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali
Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti
Di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita
Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa
Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka
Bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia
Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan
Yang Maha Pencipta
Yang dunia ini adalah milikNya
Dan kita juga kepunyaanNya
Kemerdekaan ekonomi, tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan.
Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman
Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata
Mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.
Kemerdekaan fikiran, semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran
Tidak ada ketakutan dan kebimbangan memberi pandangan
Kemerdekaan kebudayaan setiap bangsa ada identiti yang tersendiri
Di sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi
Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka sendiri
Bukan ditiru dan budaya luar yang asing sekali
Kemerdekaan pendidikan, semua rakyat diberi peluang menerima pelajaran
Setiap orang diberi galakan menerima pengetahuan mengikut bidang
Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang
Tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang
Kemerdekaan agama, setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan
Tidak boleh menghina, tidak boleh memusuhi
antara satu sama lain, kerana agama
Tapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran
Agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang
Kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dan Tuhan
Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang
Kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan
Padahal dia penentu kebahagiaan
dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia
Bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka
Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?
Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia
Merosakkan din sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda
laitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah
Kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan
Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah,
jatuh menjatuhkan yang memusnah
Merdeka daripada dendam kesumat,
bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas
Ria’, megah, mencari nama, ingin glamour,
yang ramai orang tersinggung dibuatnya.
Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari
Jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama,
maaf bermaafan sebagai budaya
lkhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati
Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati
lnilah dia yang dikatakan ‘Kemerdekaan Sejati’.