Tag Archives: muhasabah diri

HIKMAH TAHUN BARU

Tahun baru Masihi atau tahun baru Hijriah walaupun berlainan tempat rujuknya
yang satu dirujuk kepada Nabi Isa
yang satu dirujuk kepada hijrah Rasulullah
Namun satu tahun adalah mengandungi 12 bulan
Mengapa satu tahun ada 12 bulan?
Mesti ada hikmah yang tersirat mengapa 1 tahun ada 12 bulan?!
12 bulan masa yang singkat, kalau dibandingkan dengan masa yang jauh di hadapan
buat umur yang panjang
Tapi ia masa yang panjang buat ukuran satu dekad ke hadapan
Di dalam satu tahun ada 12 bulan
setiap insan kenalah muhasabah segala perbuatan,
untuk mengukur kejayaan satu tahun
Kalau satu dekad bagaimana pula kejayaan yang dihasilkankan akan dapat diagakkan
Lebih-lebih lagi umat Islam di dalam satu tahun kenalah pandang ke belakang dan pandang jugalah ke hadapan
Bukan memikirkan hendak menyambut tahun baru secara pesta dan perayaan
Agar kita sentiasa membuat perubahan kepada kebaikan
dan seterusnya menjadi umat yang menguasai dunia global yang gemilang,

Ukuran kejayaan satu tahun kenalah diukur di semua bidang
Dengan itu kita akan dapat mengukur kejayaan atau kegagalan itu di semua bidang
atau di sesetengah bidang atau di semua persoalan
Aspek yang gagal kenalah buat kajian kerana apa ia gagal,
Yang berjaya diteruskan untuk disuburkan
Umat Islam apabila berhadapan dengan tahun baru
di semua aspek kenalah post mortem bukan sibuk membuat perayaan
Kalau mahulah umat Islam ini menjadi maju,
bertamaddun dan menempa sejarah gemilang seperti zaman silam
Mari kita buat muhasabah itu atau post mortem!
Muhasabah atau post mortem ada beberapa aspek untuk kita faham,
yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat
Tugas yang diberi tanggungjawab, bagaimana peranannya, juga tanggungjawab dalam jemaah
Bersifat peribadi, adakah kita menghayati rukun iman, mengerjakan rukun Islam,
berakhlak mulia seperti tawadhuk, pemurah, berkasih sayang, sabar, redha, pemaaf

Jika ada keluarga, tanggungjawab kita kepada keluarga disempurnakan atau tidak,
berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansurkah?!
Jika berjiran hormati jiran atau tidak, selalu memberi bantuan atau sebaliknya,
berlapang dada dengan jiran atau tidak,jiran susah dibantu atau tidak,
Seterusnya masyarakat sekampung bagaimana pula?!
Masyarakat sekampung, adakah kita prihatin kehidupan mereka
bekerjasama, berkasih-sayang, ziarah-menziarahi di waktu lapang
Jika ada tugas atau jawatan di dalam kerajaan atau swasta
sudahkah kita menyempurnakan tugas itu dengan baik?!
khidmat kita serius atau sambil lewa, bersungguh-sungguh atau bermalas-malas sahaja
Jika kita masuk mana-mana jemaah sudahkah kita menyumbang untuk jemaah,
berkasih sayang sesama ahli, bekerjasama menguatkan jemaah

Begitulah sepatutnya kita koreksi diri kita di dalam masa setahun di dalam semua bidang, untuk ukuran
Jika cemerlang diteruskan, jika malang jangan diulang,yang cacat ditampal,
yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan dan untuk tindakan
Jika semua warganegara berfikiran begini, setiap tahun muhasabah diri
yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang ditambah,
yang baik diteruskan bahkan lebih dibaiki lagi
Begitulah setiap tahun terus menerus hingga dekad ke dekad dan seterusnya.

Natijahnya, bangsa dan negara maju, berkasih sayang, bekerjasama,
Tuhan disembah, berakhlak mulia
Berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani pada bangsa kita
Bangsa kita bukan sahaja kuat di dalam negara tapi akan jadi empayar dunia
Begitulah bangsa yang benar-benar bertanggung jawab apabila setahun hilang
Bukan setahun yang datang sibuk memikirkan bagaimana hendak berpesta atau membuat keramaian
Marilah kita tukar cara berfikir, mengubah sikap, dan memikirkan yang akan datang
Bukan asyik berslogan, berpesta, berperayaan, berfoya-foya dan berangan

Call Now
Directions