Tag Archives: Nasrani.

Surah Al-Ikhlas dan huraiannya….

1.Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. 

 Surah Al-Ikhlas terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’  yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan selain Islam, seperti paganisme, animisme dan sebagainya. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam iaitu Umaiyah, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal atau Esa, ia merujuk kepada Allah SWT).

2.Sebab Diturunkan

Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah seorang musyrik meminta kepada Rasulullah SAW: “صف لنا ربك”– Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami, baigaimana Tuhanmu itu,emaskah dia atau tembaga atau loyangkah ia?).

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada seorang musyrik meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.

Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan jelasanya bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, .Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya Allah daripada berbilang-bilang dan bersusun-susun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat Kesempurnaan dan Dia adalah tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Kerana tidak ada sesuatu pun yang ada persamaannya dengan Allah itu.

TAZKIRAH: PERKARA-PERKARA YANG PENTING DALAM HIDUP MANUSIA

Dalam hidup ini, sebenarnya apakah perkara-perkara yang sangat diperlukan dan terlalu penting, yang tidak boleh tidak bagi kita untuk selamat dunia Akhirat. Apa ye?
Dan dalam hidup ini apakah perkara-perkara yang kalau kita tidak memilikinya tak bergunalah hidup, celaka dunia akhirat? Apa ye?

Perkara-perkara itu ialah:
1.Keampunan Allah
2.Kasihan belas Allah
3.Segala kekurangan diri, kelemahan dan lain-lain ditampung, dicukupkan, disempurnakan.
4.Darjat diri ditingkatkan dari masa ke masa
5.Rezeki segala jenisnya lahir dan batin
6.Petunjuk, pimpinan, hidayah dan taufik
7.Sihat afiat badan, akal fikiran, lahir dan batin
8.Kemaafan

Dimanakah semua kepentingan-kepentingan kita ini kita boleh dapatkan? Agar ia boleh kita dapatkan di setiap waktu, percuma dan tidak terhina?

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku se-Islam dan anak-anakku semua:
Bahawa Pencipta kita Allah SWT, kerana sangat sayang dan sangat bertanggungjawab kepada ciptaan-Nya, telah mewajibkan kita bertemu-Nya, dengan tujuan untuk diberikanlah semua keperluan-keperluan kita itu. Bahkan, sebenarnya Allah Tuhan kita itu demi cintaNya, bukan saja 8 perkara di atas disenaraikan oleh kita meminta pada-Nya, beribu-ribu lagi perkara-perkara keperluan kita yang telah, sedang dan akan diberikan-Nya tanpa kita memintanya.

Tapi ingat, ada seperkara yang paling pokok yang Allah sangat-sangat ingin kita mendapatkan dari Dia. Hal ini merupakan penentu hidup mati dan Syurga Nerakanya kita. Allah menjadikan perkara itu sebagai pemberian termahal kepada seorang hamba. Kalau mahu dibayar nescaya tidak terbayarkan oleh kita!

Justeru Allah, demi kasih sayang dan belas kasihan-Nya, melayakkan kita untuk memilikinya dengan cara meminta-minta sepenuh hati kepada-Nya. Dan permintaan itu wajib dibuat di dalam sembahyang. Apakah dia barang itu?
Yakni Siratal Mustaqim. Iaitu jalan hidup orang-orang Allah seperti Rasul-rasul, Nabi-nabi, Mujaddid-mujaddid, wali-wali, orang-orang soleh dan para ulama yang praktikal. Di Akhirat ia adalah jalan selamat yang membawa manusia ke Syurga.

Walhal bagi manusia yang tidak dapat Siratal Mustaqim dalam hidupnya, nescaya dia hidup di atas jalan yang dibenci Allah iaitu jalan-jalan nafsu. Jalan nafsu ini pula berlaku di dalam cara-cara hidup Yahudi dan Nasrani yang sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Yahudi dan Nasrani menyatakan orang-orang yang betul-betul beragama itu sesat. Sebab bangsa Yahudi ini sangat marah dan benci dengan Allah dan Rasul kerana mendedahkan kejahatan mereka di dalam Al-Quran bahkan di dalam sembahyang melalui surah Al-Fatihah.

Jadi di kesempatan menguasai dunia, merekapun lahirkan dendam itu dengan menyatakan orang-orang Allah lah yang sesat dan jahat!
Orang-orang Islam yang betul-betul sembahyang, hasilnya mestilah memperjuangkan jalan yang lurus (Siratal Mustaqim) ini. Dan sekaligus akan mencetuskan peperangan sengit dengan ajaran-ajaran nafsu dan sesat oleh Yahudi dan Nasrani yang sangat dibenci Allah dan Rasul dengan laknatullah.

Call Now
Directions