Tag Archives: Puchong
Bantu dibantu
Rumah Amal Limpahan Kasih
PUSAT KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ANAK YATIM, ANAK FAKIR MISKIN IBU TUNGGAL, WARGA EMAS
PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PEMBAYARAN BIL ELEKTRIK RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah sebuah Pusat Kebajikan yang menaungi anak yatim, anak fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat. Sehubungan itu, Pusat Kebajikan kami sedang mencari dana bagi menyelesaikan keperluan Bil Elektrik yang tinggi tunggakkannya. Oleh itu, Ralk memohon kepada pihak tuan sudilah membantu dalam menyelesaikan bil elektrik kami seperti maklumat di bawah :
# No Akaun Bil : 220261531610
#Rumah Amal Limpahan Kasih 116-c, Asrama
Lrg Bistari 3, Kg Sri Aman
47150 Puchong, Selangor.
#Tunggakan : Rm10,277.07 # Semasa : Rm682.54
3. Untuk pengetahuan tuan ,bil elekrtik yang tertunggak adalah kerana pusat kebajikan ini tiada penyumbang tetap yang dapat membantu kos bulanan yang tinggi, dan faktor penghuni yang ramai menyebabkan kadar kegunaan elektrik bangunan asrama juga tinggi. Kami sertakan sekali bil elektrik untuk rujukan tuan.
4. Sehubungan itu, saya mewakili RALK memohon jasa baik tuan,dapat menghulurkan bantuan kewangan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pihak kami. Semoga sumbangan yang bakal dihulurkan mendapat Rahmat dari Ilahi.
Sekian, Terima kasih.
Yang Memegang Amanah,
RASHIDAH ABDULLAH (PENGURUS RALK)
Untuk: Anak Yatim, Anak Fakir Miskin dan Golongan yang Layak Terima Zakat
Lot: 115A, Lorong Bistari 3, Kg. Sri Aman, Jln. Jurutera, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor Tel : 03 80618050/ 03 80523814
Website : www.rumahlimpahankasih.org Email:limpahan_kasih@yahoo.com.my / limpahankasih2@gmail.com
APi CHARITY WORK : Lawatan Ke Rumah Amal Limpahan Kasih
Last week APi crew went to an orphanage home located in Batu13 Puchong to visit the kids in there. The kids range from as young as 3 right up to 18 and some of them went to school and classes. The kids thoroughly enjoyed themselves on the day that we went, we brought the kids some daily supplies that they needed.
Below are the details of the orphanage home we went :
AP Charity : Lawatan ke Rumah Amal Limpahan Kasih (8 photos)
Alamat : Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Sri Aman, Bt13, Puchong, Selangor Darul Ehsan
Pusat Kebajikan Yang Menaungi :
1) Anak-Anak Yatim
2) Fakir Miskin
3) Asnaf Zakat
4) Ibu Tunggal
Akaun Bank : Maybank 562777200627 – Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
Website : www.rumahamallimpahankasih.com
BERSAMA MASYARAKAT
Bermasyarakat perlu bekerjasama
Menegakkan kebaikan dan keperluan bersama
Berkorban tenaga, menyumbang harta
Ikhlasnya hati waktu bekerja
Kemungkaran sama-sama membasmi dan mencegahnya
Jangan biarkan ia bertapak di dalam kehidupan
Kerana ia perosak perpaduan
Kena tumpaskan waktu ia bermula
Bertolak ansur di dalam pergaulan
Sabarlah menerima ujian
Lupakanlah kesalahan kawan
Maaf-bermaafan perlu ada
Kesalahan kita jangan dilupakan
Memohon maaf kenalah ada
Sikap itu sangatlah mulia
Allah Taala suka, manusia juga suka
Panjatkanlah doa kepada Tuhan
Memohon pertolongan kepada-Nya
Usaha kita tiada berkesan
Bantuan Tuhan perlu ada