Tag Archives: Putrajaya
ANAK-ANAK RALK DI BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan rahmat Allah segala-galanya terbuka luas
Berkatnya terbuka luas di mana-mana
Keredhaan-Nya terbuka sepanjang Ramadhan
Keampunan-Nya terbuka siang dan malamnya
Pahalanya mencurah-curah bagaikan hujan lebat
Ia diganda-gandakan dibandingkan di bulan biasa
Rahmatnya melimpah ruah
Kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya
Tapi mampukah kita memperolehi itu semua?
Layakkah kita mendapatkannya?
Kitakah orangnya yang memperolehi keistimewaan itu?
Kalaulah di bulan Ramadhan itu lahir kita sahaja yang meriah
Disambut pula dengan pesta makan minum
Fikiran dan jiwa kita tidak pun berubah
Maka keistimewaan Ramadhan bukan untuk kita
Keistimewaan itu adalah untuk orang yang bertaqwa
30.12.1998 Selepas Asar
FORUM PERDANA PUTRAJAYA
Baru-baru ini anak-anak remaja SMIGI Puchong / Rumah Amal Limpahan Kasih dijemput hadir ke majlis Forum Perdana di Putrajaya. Mereka di iringi oleh beberapa orang pengajar dan sempat mereka bergambar dengan ahli-ahli Forum sebagai kenangan.