Tag Archives: Ramadhan
RAMADHAN 2018 RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
PUASA YANG HAKIKI
Rasulullah telah bersabda
Ramai orang yang berpuasa
Tiada baginya pahala
Selain lapar dahaga
Ingatan ini mesti dijaga
Agar ibadah puasa kita
Tidak rosak dan sia-sia
Walaupun tepat syarat rukunnya
Selanjutnya Rasul bersabda
Memberitahu pada kita
Banyakkan ibadah di bulan puasa
Balasannya sungguh istimewa
Ia bulan dikabulkan doa
Juga bulan diampunkan dosa
Terhimpun kebaikan padanya
Syurga rindu orang yang memuliakannya
Bagi orang yang menghayati
Ramadhan yang diberkati
Datangnya disambut sepenuh hati
Perginya pula ditangisi
Ini resam para solihin
Yang patut kita contohi
Puasanya berkesan di hati
Hingga membina peribadi
Selanjutnya Rasul bersabda
Memberitahu pada kita
Banyak kan ibadah di bulan puasa
Balasannya sungguh istimewa
Ia bulan dikabulkan doa
Juga bulan diampunkan dosa
Terhimpun kebaikan padanya
Syurga rindu orang yang memuliakannya
Bagi orang yang menghayati
Ramadhan yang diberkati
Datangnya disambut sepenuh hati
Perginya pula ditangisi
Ini resam para solihin
Yang patut kita contohi
Puasanya berkesan di hati
Hingga membina peribadi
Inilah puasa yang hakiki
MUHASABAH RAMADHAN
Umat akhir zaman dijanjikan dengan kemenangan yang akan berlaku seperti apa yang pernah terjadi di zaman Baginda Nabi saw. Walaupun begitu, sebelum zaman yang sebegitu bermakna muncul di depan mata, dunia Islam mengalami zaman fitnah yang panjang. Inilah yang sedang berlaku di hari ini.
Hal keadaan umat Islam tiada jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Bahkan dari segi kehidupan dunia, nyata sekali orang-orang bukan Islam mengatasi umat Islam. Sedangkan ALLAH berjanji bumi ini hendak diserahkan pada hamba-hambaNya. Firman-Nya: Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauhul Mahfuz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh.(Al Anbiya’: 105)
Tetapi mengapa janji ALLAH itu belum pun terjadi? Jawabnya ialah kerana kita umat Islam tidak mengikut petunjuk Al Quran. Kita ambil kulit lahir dari Al Quran tetapi tidak mengambil isinya. Kita hafal dan syarahkan ayat-ayat Al Quran tetapi kita tidak beramal dengannya. Sebab itu kita tidak menjadi peribadi Al Quran. Akal, jiwa dan fizikal kita tidak terbentuk oleh Al Quran. Tetapi lebih dicorakkan oleh sekularisme.
Sebab itu cara hidup kita lebih bersifat sekular daripada bersifat Islam atau Al Quran. Di waktu pejuang-pejuang Islam meriuh-rendahkan sistem hidup Islam, mereka tidak pun menyiapkan peribadi-peribadi Al Quran yang boleh menjayakan sistem tersebut. Walhal tentu mereka maklum bahawa sistem hanya berlaku kerana ada manusia-manusia yang mencetuskannya. Sistem tidak terjadi secara tiba-tiba dan ajaib (miracle). la perlukan proses awal pembinaannya oleh orang-orang yang mahu melakukannya.
Sistem Al Quran hanya terjadi dalam realiti bilamana lahir ke dunia ini manusia-manusia Al Quran bergerak. Yakni Nabi Muhammad SAW bersama Sahabat-Sahabat Baginda. Selagi Al Quran tidak difahami bacaannya, juga tidak diamalkan dalam kehidupan, maka selama itulah kita akan hidup dalam suasana krisis, huru-hara, gelisah, maksiat dan mungkar. Dan juga berada dalam kemurkaan ALLAH SWT. Ingatlah firman ALLAH dalam surah Al Haj ayat 41: (laitu) Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan.(Al Haj: 41)
Ya! Sepatutnya sepanjang bulan Ramadhan ini, ilmu kita akan bertambah. Yakni ilmu Al Quran yang kita baca. Yang mana dengan ilmu yang makin bertambah dan makin matang, perlaksanaanya pun makin halus, maka sepatutnya kita mendapat berkat yang banyak di bulan yang dikatakan bulan berkat itu.
Dan sepatutnya kita jadi bertambah mulia. Kerana memasuki bulan yang sangat mulia itu. Juga sepatutnya kita menjadi semakin pemurah sebagai hasil berpuasa. Kerana puasa itu adalah untuk melahirkan rasa timbang rasa kepada fakir miskin. Dan sepatutnya kita juga mendapat rasa keharnbaan dan tawadhuk dalam pergaulan hasil dari berpuasa. Kerana puasa boleh mengikis rasa sombong, angkuh, takabur dan hasad dengki dari dada manusia.
Hingga tercetuslah kasih sayang dan perpaduan sebenar dalam masyarakat. Hasil dari latihan berpuasa sebulan Ramadhan.Tetapi sedih sekali, kerana apa yang sepatutnya terjadi, tidak pun terjadi. Kita tidak mendapat hasil yang patut didapati daripada menempuh Ramadhan. Mengapakah terjadi demikian? Mengapa ilmu tidak bertambah walaupun membaca Al Quran? Mengapa perlaksanaan Islam tidak meningkat sedangkan sudah berkali-kali kita dilatih oleh Ramadhan?
Mengapa akhlak umat Islam tidak berubah-ubah dari jahat kepada baik? Mengapa perpaduan sebenar sebagai saudara seIslam tidak berlaku? Bahkan krisis menjadi-jadi. Mengapa kemungkaran masih bermaharajalela, mencengkam dan mencekik kehidupan kita? Ya, mengapa dan mengapa segala persoalan negatif ini masih belum dapat diatasi?
Sedangkan peranan Ramadhan ialah untuk mendidik manusia menyelesaikan semua masalah ini? Tentu ada yang tidak kenanya dengan bacaan Al Quran kita, dengan puasa dan mujahadah kita itu. Yakni dalam masa Ramadhan masih bersama kita ini. Mari kita mencari puncanya. Supaya kita boleh menghadapi dan menghayatinya dengan betul. Kita kena usaha untuk memenuhi syarat-syaratnya dengan sempurna.
Supaya kita dapat menikmati isi-isi dan roh Ramadhan, bukan kulit lahirnya sahaja. Sebab ALLAH hanya memberi pahala kalau kita dapat menempuh syarat dan adabnya sahaja. Yang mana kalau fikiran dan jiwa kita berubah, hasil melakukan ibadah sepanjang Ramadhan, kita akan mendapat pahala yang besar dan penghapusan dosa-dosa.
Jadi sekarang disenaraikan dengan izin ALLAH, sebab-sebab mengapa kita belum mendapat hasil yang sepatutnya daripada didikan Ramadhan.
1. Umat Islam ramai lagi yang tidak membaca Al Quran walaupun di bulan Ramadhan. Ramai juga yang membacanya tetapi oleh kerana ianya dalam bahasa Arab, maka tidaklah difahami ertinya. Sedikit sekali umat Islam yang berusaha membaca terjemahan Al Quran dan tafsirannya. Sebab itu ramai sekali umat Islam yang tidak ada pada mereka ilmu Al Quran. Kalau ada, tidak pula bertambah-tambah ilmunya. Bila ilmu tidak ada, dengan apa umat Islam hendak tegakkan Islam? Macam orang hendak berperang tetapi tidak ada senjata, macam mana hendak berperang?
2. Dalam hal puasa, umumnya umat Islam hanya tidak makan dan tidak minum. Yakni puasa lahir sahaja. Sedangkan batinnya tidak berpuasa. Akalnya tidak pun dikawal dari berfikiran jahat dan hati atau rohnya dibiarkan kotor dengan mazmumah. Yakni tidak cuba dibersihkan dari sifat-sifat keji. Matanya dibiarkan liar, lidahnya celupar, telinga dibuka lebar, semua boleh masuk sekalipun maksiat. Sedangkan puasa batin ini sama penting dengan puasa lahir. Maka kalau tidak dilakukan, ertinya manusia itu tidak berpuasa dan tidaklah ada hasilnya. Maksiat pun terus menjadi jadi. Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga. (Riwayat An Nasai’ dan Ibnu Majah)
3. Ada juga umat Islam yang cuba melakukan puasa batin itu, kerana mereka ada ilmu tentangnya. Tetapi sering gagal. Mereka tidak dapat menundukkan akal, roh, mata, telinga dan lidah kepada kehendak ALLAH. Sebab tidak serius atau tidak bersungguh-sungguh mujahadah. Hasilnya, nafsu jugalah yang menang hingga maksiat dan dosa tidak dapat dikawal.
4. Sembahyang sunat Tarawih, agak ramai yang melakukannya tetapi tidak dengan khusyuk dan tawadhuk. Maka jadilah ibadah itu seperti pokok yang tidak berbuah. Ertinya, bertambah sembahyang tapi tidak bertambah rasa kehambaan kepada ALLAH. Maka akhlak tidak berubah.
5. Kebaikan yang dibuat di dalam maksiat tidak akan berkat dan tidak membawa hasil yang sepatutnya. Kalau di bulan Ramadhan, kita masih terlibat dengan maksiat di tempat kerja atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada maksiat di dalamnya, puasa kita pun tidak berhasil. Macam buat rumah atas lumpur, mana boleh tahan!
Itulah dia lima perkara penting yang perlu dilakukan di bulan Ramadhan, supaya ibadah kita benar-benar berkesan. Yakni mencapai matlamat Ramadhan yang sebenar. Apakah matlamat yang dimaksudkan? laitu berdasarkan firman ALLAH: “Wahai orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu jadi orang yang bertaqwa”. (Al Baqarah: 183)
sumber: www.suaramuhajirin313.blogspot.my
RAMADHAN MENDEKATKAN KITA DENGAN KEMATIAN DAN AKHIRAT
Pejam celik pejam celik sudah hampir sudah 26 hari kita berpuasa…Bagaimana dengan puasa kita tahun ini hanya kita sendiri yang tahu! Apapun puasa dan segala pakej Ramadhan sebenarnya sangat mebawa hati kita mendekati kematian dan hari akhirat. Rasa lapar dahaga dan mujahadah sepanjang Ramadhan mengingatkan kita dengan berbagai kesulitan akhirat.
Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup di dunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya. Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan.
Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala.
Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.
Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggamanNya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah ke atas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga dihari pertemuan denganNya.
Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.
Ada manusia yang di awal hidupnya dalam kesesatan. Manakala di akhir hidupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya dan berada dalam kebenaran.
Terdapat manusia yang di awal hidupnya dalam kebenaran tetapi di akhir hidupnya dalam kesesatan.
Terdapat pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.
Kita tidak tahu kategori mana yang menimpa nasib kita. Nasib kita belum tahu. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah swt di akhirat kelak dalam kesesatan.
Sedangkan dunia ini ibarat mimpi saja berbanding akhirat. Sebab itu Allah swt ulang banyak kali dalam Al Quran dengan maksud, “Dan akhirat itu lebih baik dan kekal.”
Lebih baik yang Allah swt istilahkan itu tidak boleh di fahamkan maksudnya menurut bahasa. Lebih baik yang Allah swt maksudkan itu menurut pengertian Tuhan. Kalau lebih baik itu di sudut sedapnya rasa makanan, kelazatan di akhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih. Ini belum lagi digabungkan dengan kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.
Itupun Nabi saw gambarkan kegembiraan orang berpuasa bila mereka berbuka dan bila mereka mendapat keampunan Allah di akhirat.
Ramadhan adalah peluang keemasan bagi seorang mukmin menjadikan bulan ini sebagai medan beramal ibadah kepada Allah , meningkatkan kedudukannya dan merasai kelazatan melalui pelbagai jenis ibadah yang tidak sama walaupun dihimpunkan seluruh keseronokan dunia. Inilah yang dihayati oleh para salihin di mana bulan Ramadhan lebih utama dalam kehidupan mereka hingga ada di antara mereka yang mengungkapkan:
“Orang-orang miskin yang menghuni dunia mereka meninggalkan keseronokan dunia dan mereka mengetahui ada yang lebih utama daripada dunia. Lalu ada yang bertanya: Apakah yang lebih utama daripada dunia dan segala isinya. Lalu dijawap: Rasa senang dengan Allah”.
Oleh itu seorang yang sentiasa hidup di bawah naungan penyembahan dan ibadah kepada Allah tentunya dikurniakan penyembuhan ke dalam ruh, ketinggian di dalam hati, kemuliaan di dalam jiwa, kerehatan di dalam emosi, kelurusan di dalam tingkah laku dan keprihatinan mengembangkan kebajikan kepada orang lain. Ini di dunia. Sedangkan di akhirat nanti telah ditentukan kesudahannya dan tempat pembalasannya yang abadi. Ketika mana meningkat tahap ibadahnya kepada Allah, maka meningkat juga kedudukannya di sisi Allah seperti yang dinyatakan oleh Ibn ‘Ata’:
“Jikalau anda mahu mengetahui kedudukan kamu di sisi Allah, lihatlah apa yang anda lakukan”.
Sumber: www.suaramuhajirin313.blogspot.my
BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN
Assalamualaikum wbt kepada semua para dermawan yang dihormati sekelian.
Ybhg Tuan/Puan,
BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah pusat kebajikan yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat. Anak-anak seramai 100 orang yang menjadi penghuni di asrama RALK, bersekolah di Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa yang terletak di bahagian atas kompleks asrama RALK. Selain mereka, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan dengan mendaftarkan mereka di bawah Kelab Anak Yatim Se-Malaysia kelolaan RALK yang mana mereka sering di bawa menyertai aktiviti RALK.
3. Bersempena dengan kehadiran Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela mereka.
4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat yang abadi.
· TAJAAN BERBUKA DAN TAJAAN SAHUR
· JEMPUTAN BERBUKA PUASA
· TAJAAN PAKAIAN, KASUT, TUDUNG, SONGKOK
· SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAK
· SUMBANGAN BISKUT RAYA DAN JAMUAN RAYA
5. Untuk sebarang pertanyaan,boleh hubungi pejabat pentadbiran di talian :
03-80523814/03-80618050 (Pn Yani/Pn Aiman)
atau di talian 018-9191658
>Sumbangan juga boleh dibuat atas nama akaun:
· Maybank : Limpahan Kasih Solutions : 562777220661
· Maybank : Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 562777200627
· Public Islamic Bank : Limpahan Kasih Solutions : 3-81236671-7
. Bank Islam : Rumah Limpahan Kasih : 1206 5010 0414 61
Sekian, terima kasih.
Kakitangan Pejabat Pentadbiran Limpahan Kasih
MENERIMA RAMADHAN DENGAN PERASAAN TAKUT DAN BIMBANG
Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (Riwayat Ahmad dan Tabrani)
Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (Riwayat At-Tirmizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)
2. Panjatkan pujian dan syukur kerana dipertemukan kita dengan Ramadhan. Menurut Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar: “Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepadaNya”.
Di antara nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada hamba ialah taufik dan hidayah untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Justeru suatu nikmat yang besar apabila seorang tiba bulan Ramadhan dalam keadaan kesihatan yang baik. Dengan itu sewajarnya dia bersyukur dan memuji Allah sebagai pemberi nikmat dan kelebihan kepadanya. Berilah pujian sebanyak-banyaknya sepertimana yang patut dilakukan kepada Allah SWT yang memiliki keagungan dan ketinggian kekuasaan.
3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahwa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka”. (Ahmad)
Walaupun para salafussoleh yang terdiri dari para Sahabat dan Tabien sangat memberi perhatian dengan kedatangan bulan Ramadhan serta bergembira dengan ketibaannya, hati mereka yang khusyuk dengan Allah menghalang mereka dari terus merasa gembira. rasa sedih dan cemas itulah yang kembali dirasakan di dalam hati. Itulah hati orang yang kuat dengan Allah.
5. Jadikan Ramadhan bulan menimba ilmu bukannya bulan untuk bermalas-malas dan hanya tidur seharian. Menuntut ilmu adalah fardhu dan kewajipan. Hadiri majlis ilmu yang biasanya diadakan setiap pagi selepas subuh di kebanyakan masjid dan surau di negara kita. Beribadah kepada Allah wajiblah mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fadhu yang telah Allah wajibkan ke atas hambaNya. Oleh itu tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan diterima Allah.