Tag Archives: Ramadhan 2015
RAMADHAN BULAN BERKAT
Di antara rahmat Allah Taala kepada seorang hamba-Nya
Kerana hendak menyelamatkan hamba itu daripada kemurkaan dan Neraka-Nya
Setiap kali dia beribadah dia merasakan tidak sempurna
Dia merasakan terlalu banyak cacat celanya
Lantaran itu hatinya sentiasa susah atau cemas dari ibadah ke ibadahnya
Dia merasakan ibadahnya fardhu dan sunat tidak pernah sempurna
Begitu juga dia merasakan diri sentiasa berdosa
Hingga jiwanya tidak pernah tenang dengan Tuhannya
Apatah lagi kalau dia sedar terbuat dosa
Aduh, jiwanya parah, hatinya gundah-gulana
Jiwanya bertambah terseksa dan derita
Dia sentiasa menangis
Kalau matanya tidak menangis, hatinya menangis
Kesalnya tidak pernah putus-putus
Memohon ampun kepada Tuhannya terus-menerus
Dia tidak pernah rasa aman bila berhadapan dengan Tuhannya
Begitulah apabila Tuhan hendak menyelamatkan seseorang hamba-Nya
Cara itulah Tuhan memberi rahmat kepada hamba yang dikehendaki-Nya
Rasa takut kepada Tuhan itulah yang dikehendaki oleh Tuhan
Kerana seorang hamba itu dapat mengekalkan rasa kehambaannya
Maka di situlah jatuhnya keredhaan Tuhan
Keredhaan Tuhan itu menyelamatkan seseorang itu ke Neraka
4 Safar 1421
Lepas Asar
RAMADHAN 2015 RALK
Muga-muga Allah memberkati para dermawan dan penyumbang yang sudi bersama-sama berbuka puasa dengan anak-anak di Rumah Amal Limpahan Kasih.