Tag Archives: Rumah Amal Limpahan Kasih
KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015
LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah ibubapa yang mempunyai anak-anak tidak mendengar cakap, malas dan tidak fokus. Apa yang terjadi ketika ini, ibubapa hanya mampu menangis, sedih dan kecewa melihatkan anak-anak di depan mata mereka berubah sedikit demi sedikit menjadi anak yang hilang potensi diri, bermasalah dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif.
LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS tampil menawarkan usaha ikhtiar mengubah anak-anak agar sedar tentang potensi diri, bersikap serius mengenai solat 5 waktu, cintakan ilmu, menyayangi ibubapa dan guru-guru, berakhlak mulia serta memulakan usaha membaiki / meningkatkan diri menjadi anak / remaja yang menyejukkan hati ibubapa / guru!!
LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS menawarkan:
KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!!
(Tempat Terhad – Daftar segera untuk masa depan anak anda!!)
Moto Kem ini ialah “Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!”
Ianya Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan
Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS – (03-80523814 / 019-6226183)
Tempat KEM:
Sek. Men. Islam Zadut Taqwa
(Rumah Amal Limpahan Kasih – RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman,
Puchong, Selangor
Penyertaan: Sila pilih tarikh !!!
Tarikh (A): 22 Hingga 26 November 2015 (Ahad – Khamis)
Tarikh (B): 6 Hingga 10 Disember 2015 (Ahad – Khamis)
Umur Peserta:
Kumpulan 1: 10 tahun – 13 tahun
Kumpulan 2: 14 tahun – 16 tahun
Kumpulan 3: 17 tahun ke atas
HUBUNGI :
Ust Haji Johari: 019-6226183
Pn Wan Nor: 013-2576200
Ust Abu Zar: 018-5717490
Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:
1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
– Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK
2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
– Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk
3. Hafalan Doa dan surah-surah utama dalam Al-Quran
– Kaedah tasmik harian selama 6 hari.
4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai
5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran –
6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
– Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.
7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
– Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.
8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) – Senaman berirama nasyid
9. Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) – Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program
10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
– Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama
11. Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
– Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama
12. Ekspedisi khas – sembang dan lepak
– Tarbiyah dan berinteraksi secara santai di sepanjang ekspedisi
13. Program Mengasah Minda & Menyuburkan rohaniah:
– Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran membina
kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.
14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
– Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.
15. Program taklimat khas untuk ibubapa
– Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH dan
apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.
_________________________________________________________________________
SUMBANGAN (5 HARI 4 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang – hanya RM650)
Kami sediakan penginapan, makan-minum, pengisian, aktiviti, kenderaan, t-shirt program, cenderahati dll. (Bawa buku tulis, selimut, bantal, kain basahan, kain pelikat, songkok/kopiah, pakaian (termasuk pakaian riadhah) dan kelengkapan diri)
AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: MAYBANK:562777220661
Jika anda mendaftarkan anak anda bersama anak jiran anda atau bersama anak saudara mara anda SERAMAI 5 ORANG sebelum 7 NOVEMBER 2015, sumbangan penyertaan kesemua mereka ialah hanya: RM690.00
IBADAH QURBAN 2015
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh
Semoga Dato / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari berada di dalam rahmat Allah.
Di sini kami dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, ingin mewar-warkan dan menjemput kepada yang berminat untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun ini bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di Pusat Kebajikan kami,
1. Seekor lembu bernilai RM3800.
2. Sebahagian lembu bernilai RM550.
3. Seekor kambing bernilai RM900.
Semoga amalan ibadah Qurban kita menjadi jaminan untuk kita ke Syurga-Nya. Amin.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami – Ustaz Usamah Abd Rashid di talian 0126453582..
Sekian, terima kasih.
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RALK 29hb JULAI 2015
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Amal Limpahan Kasih telah berlangsung di perkarangan RALK pada hari Rabu 29hb Julai 2015 dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Diucapkan terima kasih kepada semua para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis tersebut.
Alhamdulillah segala juadah untuk para tetamu disediakan oleh warga dewasa dan anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih, begitu juga dengan persembahan-persembahan nasyid untuk menghiburkan para hadirin.
SAMBUTAN HARI RAYA YAYASAN SIME DARBY DI RALK
Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Yayasan Sime Darby bersama warga Rumah Amal Limpahan Kasih telah berlansung pada hari Rabu 29hb Julai 2015