Tag Archives: Rumah Amal Limpahan Kasih

RAMADHAN BULAN BERKAT

IMG-20150710-WA017

IMG-20150710-WA016

IMG-20150710-WA013

IMG-20150710-WA012

IMG-20150710-WA011

IMG-20150710-WA009

IMG-20150709-WA031

IMG-20150709-WA029

IMG-20150709-WA027

IMG-20150709-WA018

IMG-20150709-WA016

Di antara rahmat Allah Taala kepada seorang hamba-Nya

Kerana hendak menyelamatkan hamba itu daripada kemurkaan dan Neraka-Nya

Setiap kali dia beribadah dia merasakan tidak sempurna

Dia merasakan terlalu banyak cacat celanya

Lantaran itu hatinya sentiasa susah atau cemas dari ibadah ke ibadahnya

Dia merasakan ibadahnya fardhu dan sunat tidak pernah sempurna

Begitu juga dia merasakan diri sentiasa berdosa

Hingga jiwanya tidak pernah tenang dengan Tuhannya

Apatah lagi kalau dia sedar terbuat dosa

Aduh, jiwanya parah, hatinya gundah-gulana

Jiwanya bertambah terseksa dan derita

Dia sentiasa menangis

Kalau matanya tidak menangis, hatinya menangis

Kesalnya tidak pernah putus-putus

Memohon ampun kepada Tuhannya terus-menerus

Dia tidak pernah rasa aman bila berhadapan dengan Tuhannya

Begitulah apabila Tuhan hendak menyelamatkan seseorang hamba-Nya

Cara itulah Tuhan memberi rahmat kepada hamba yang dikehendaki-Nya

Rasa takut kepada Tuhan itulah yang dikehendaki oleh Tuhan

Kerana seorang hamba itu dapat mengekalkan rasa kehambaannya

Maka di situlah jatuhnya keredhaan Tuhan

Keredhaan Tuhan itu menyelamatkan seseorang itu ke Neraka

4 Safar 1421

Lepas Asar

BERBUKA PUASA BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA

SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR menyampaikan duit raya kepada anak-anak

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/angkasawan-negara-bakal-anjur-maex2015-1.106343

KUALA LUMPUR 23 Jun – Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan menganjurkan pameran Malaysian Astronaut 2015 (MaEx2015) sempena ulang tahun kelapan penghantarannya ke angkasa lepas.

Sheikh Muszaphar berkata, program itu akan diadakan pada Oktober ini namun lokasinya belum diputuskan.

Katanya, pameran tersebut bertujuan memberi pendedahan dan menanam minat masyarakat terhadap bidang sains dan angkasa lepas.

“Seramai tiga angkasawan dari Jerman, Jepun dan Rusia akan turut serta untuk berkongsi pe­ngalaman mereka,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Berbuka Puasa Angkasawan Negara bersama Rumah Limpahan Kasih, di sini semalam.

Yang turut hadir dalam majlis bagi meraikan 40 orang anak yatim itu ialah Pengurus Besar Capri by Fraser, Tony Ho dan Pengetua Rumah Amal Limpahan Kasih, Norhan Doldiri.

Mengenai majlis berbuka puasa, Sheikh Muszaphar berkata, penganjurannya adalah bagi me­nyuntik semangat anak-anak ya­tim supaya meminati bidang sains, matematik dan angkasa lepas.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/angkasawan-negara-bakal-anjur-maex2015-1.106343#sthash.CEJysU3e.dpuf

MEMERIAHKAN RAMADHAN

Ramadhan Bulan Pesta Ibadah

Program Tadarus Al Quran selepas solat Subuh di Rumah Amal Limpahan Kasih pagi ini, hari pertama Ramadhan 1436 H

IMG-20150618-WA000

IMG-20150618-WA001

IMG-20150618-WA002

IMG-20150618-WA003

Janganlah jadikan Ramadhan
bulan pesta makan minum
Ramadhan bukan bulan pesta makan
dan menjamu selera
Ramadhan adalah bulan pesta ibadah
Ibadah bukan setakat memeriahkan lahirnya sahaja
Hati juga perlu meriahkan dengan rasa kehambaan
Janganlah lahirnya sahaja cerah
Tapi hati kita gelap-gelita

Di masjid di bulan Ramadhan,
jangan dimeriahkan dengan berbual-bual dan gelak ketawa
Membawa cerita yang sia-sia
Ia adalah bulan menebalkan rasa tauhid kepada Tuhan
Mempertajam rasa kehambaan di dalam jiwa
Lahirnya meriahkan dengan sedekah
terutama kepada fakir miskin
Menolong orang yang susah dan derita
Batinnya menanamkan rasa bertuhan yang Maha Berkuasa ..

BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN

ralk3

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
(PUSAT KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN UNTUK : ANAK YATIM, ANAK FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL & GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT) ,
Lot: 115A, Lorong Bistari 3, Kg. Sri Aman, Jln. Jurutera, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03 80618050, 03 80523814
Fax : 03 80607514 Email : limpahankasih2@gmail.com.my
Website: www.rumahamallimpahankasih.org
Ruj Kami : 07/RALK/bil.11/2015
Ruj Tuan :

Ybhg Tuan/Puan,

BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah pusat kebajikan yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat. Anak-anak seramai 100 orang yang menjadi penghuni di asrama RALK bersekolah di Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 3 yang terletak di bahagian atas kompleks asrama RALK. Selain mereka, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan dengan mendaftarkan mereka di bawah Kelab Anak Yatim Se-Malaysia kelolaan RALK yang mana mereka sering di bawa menyertai aktiviti RALK.

3. Bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela mereka.

4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat yang abadi.

• TAJAAN BERBUKA DAN TAJAAN SAHUR
• JEMPUTAN BERBUKA PUASA
• TAJAAN PAKAIAN,KASUT,TUDUNG,SONGKOK
• SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAKah
• SUMBANGAN BISKUT RAYA DAN JAMUAN RAYA

5. Untuk sebarang pertanyaan,boleh hubungi pejabat pentadbiran di talian 03-80523814/
03-80618050 (Pn Yani/Pn Aiman) atau di talian 0193838015 (Pn Sumaiyah).
Sumbangan juga boleh dibuat atas nama akaun:

• Maybank Limpahan Kasih Solutions : 562777220661
• Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 562777200627
• Public Islamic Bank : Limpahan Kasih Solutions : 3-81236671-7

Sekian, terima kasih.

Yang Memegang Amanah

Sumayyah Mohd Jawas

“Gembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kita”
——————————————————————————————————-

BORANG SUMBANGAN/ZAKAT
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa:
Saya/ Syarikat : ……………………………………………………………………………………………………………………………………
Alamat ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
No Faks :……………………………………………………………………………………………………………………………………….
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
1. Wang Tunai / Cek :
Maybank 562777220661 (Limpahan Kasih Solutions)
Maybank 562777200627 (Pusat Pendidikan Limpahan Kasih)
Public Islamic Bank 3-81236671-7 (Limpahan Kasih Solutions)

2. Zakat : Zakat Simpanan/ Zakat Harta/ Zakat Perniagaan :………………………………………………………..

Sumbangan berikut adalah diniatkan untuk :
• Tajaan berbuka puasa bagi (nyatakan hari dan hari ke …………………….Ramadhan)
• Tajaan jemputan berbuka puasa dan sahur (nyatakan hari dan hari ke…………………..Ramadhan)
• Tajaan pakaian, kasut,tudung, songkok raya untuk :………………….orang : RM……………….
• Tajaan duit raya :RM………………………( wang tunai/cek ) Untuk …………………….orang.
• Sumbangan kuih raya dan jamuan raya : RM………………………………..

*Kami juga menjual pelbagai jenis biskut raya untuk jualan amal RALK. Sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk sendiri atau disumbangkan kepada anak-anak yatim dan miskin, boleh hubungi kami di talian 03-80523814/03-80618050 ( Pn Yani/ Pn Aiman) atau 0193838015(Pn Sumaiyah)

Niat Hadiah Pahala :
“Adalah saya dengan ini menghadiahkan pahala sumbangan yang saya lakukan ini, sekiranya ada nilai disisi Allah,untuk arwah :
a) d)
b) e)
c) f)

“Semoga Allah memberkati segala usaha yang diberikan dengan ganjaran yang baik.”

SYARAHAN INAUGURAL PROF DR. LATIFFAH A. LATIFF – CARE UPM

Pada 7 November 2014 telah diadakan satu syarahan inaugural oleh Profesor Dr. Latiffah A. Latiff yang bertajuk “Transformasi Kesihatan Wanita ke Arah Kesejahteraan Komuniti”. Syarahan ini telah diadakan tepat pada pukul 9.45 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Komputer, UPM. Seramai lebih kurang 349 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan UPM, keluarga serta rakan lama Prof. Dr. Latiffah. Majlis pembukaan telah diserikan oleh anak-anak penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong.

Sumber: Facebook CaRE UPM

Call Now
Directions