Pada Ahad 10hb Ogos 2014 yang lalu, Pentadbiran dan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri diiringi dengan Mini Karnival Kesihatan / Keusahawanan anjuran bersama UNIKL dan CARE UPM.
Acara telah berlangsung dari 8.00 pagi hingga jam 11.00 malam. Pameran kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma telah diaturkan untuk para pengunjung. Di sebelah malam, para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan oleh Generasi Harapan.
Baru-baru ini anak-anak remaja SMIGI Puchong / Rumah Amal Limpahan Kasih dijemput hadir ke majlis Forum Perdana di Putrajaya. Mereka di iringi oleh beberapa orang pengajar dan sempat mereka bergambar dengan ahli-ahli Forum sebagai kenangan.
Bermasyarakat perlu bekerjasama
Menegakkan kebaikan dan keperluan bersama
Berkorban tenaga, menyumbang harta
Ikhlasnya hati waktu bekerja
Kemungkaran sama-sama membasmi dan mencegahnya
Jangan biarkan ia bertapak di dalam kehidupan
Kerana ia perosak perpaduan
Kena tumpaskan waktu ia bermula
Bertolak ansur di dalam pergaulan
Sabarlah menerima ujian
Lupakanlah kesalahan kawan
Maaf-bermaafan perlu ada
Kesalahan kita jangan dilupakan
Memohon maaf kenalah ada
Sikap itu sangatlah mulia
Allah Taala suka, manusia juga suka
Panjatkanlah doa kepada Tuhan
Memohon pertolongan kepada-Nya
Usaha kita tiada berkesan
Bantuan Tuhan perlu ada