Tag Archives: rumah anak yatim shah alam

KEPERLUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Kepada,
Yang Berkenaan,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Encik/Puan.

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEPERLUAN BACK TO SCHOOL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PPJLK) adalah sebuah PUSAT PERLINDUNGAN, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN yang mula beroperasi pada Tahun 2006 dan terletak di Kg. Seri Aman, Bt. 13, Puchong. Pada masa ini, PPJLK menaungi anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf dan OKU seramai 120 orang. Mereka ini terdiri dari anak-anak sekolah menengah, anak nursery dan juga remaja insaf. Sistem pendidikan dan penjagaan anak-anak di sini dijayakan oleh 30 orang petugas secara sukarelawan yang berperanan sebagai guru, penjaga asrama, penjaga anak nursery, pengurusan pentadbiran dan driver kenderaan.

3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PPJLK sedang mencari dana bagi melengkapkan keperluan ‘Back to School’ anak-anak pada tahun hadapan. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat sama- sama membantu dalam mengusahakan peruntukan tersebut.

4. Jika ada sebarang sumbangan berbentuk kewangan, boleh dibuat atas nama : Cek atas nama (MAYBANK) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661

Untuk Pertanyaan Lanjut Hubungi :-
WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR

5. Di sini, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang sudi sama-sama membahu dan menghulurkan bantuan dalam melengkapkan keperluan anak-anak disini. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari Tuhan dan menjadi amal jariah yang berkekalan serta mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti.

Sekian, terima kasih.

SENARAI KEPERLUAN YANG DI PERLUKAN

BAJU SUKAN (LENGAN PANJANG)
120 SET
SELUAR SUKAN
120 SET
LENCANA SEKOLAH
120 SET
NAME TAG
120 SET
KASUT SEKOLAH HITAM
120 PASANG
MEJA BELAJAR
50 SET (KERUSI &MEJA)
MEJA GURU
7 SET (MEJA & KERUSI)
AIRCOND 2.0HP
7 SET
WHITEBOARD
7 SET
MAGNET WHITE BOARD ERASER
20 SET
BEG GALAS SEKOLAH
120 SET
KERTAS A4 (70GSM & 80GSM)
30 REAM x 3 BOX x 2 BULAN
KOTAK PENSIL
120 SET
FAIL
(MAKLUMAT SEKOLAH & MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR)
120 SET
PEN (BIRU, HITAM & MERAH)
10 DOZEN
PEN MARKER (BIRU, HITAM & MERAH)
10 DOZEN
PEMBALUT BUKU LATIHAN & BUKU TEKS
120 SET
KERTAS LUKISAN
10 DOZEN
STAPLER
10 DOZEN
PUNCHER
5 DOZEN
PENSEL 2B
10 DOZEN
PEMADAM
2 DOZEN
PEMBARIS PANJANG
120 SET
PENGASAH PENSEL (BESAR)
20 SET
GAM STICK
5 DOZEN
GUNTING
5 DOZEN
PENSEL WARNA
120 SET
PENSEL BOX (KAIN)
120 SET
KRAYON
120 SET
BUKU NOTA
120 SET
BUKU GARIS PANJANG
120 SET
KALER AIR
120 SET
BERUS LUKISAN
120 SET
BOTOL AIR
120 SET
FACE MASK (HITAM / PUTIH)
120 SET
FACE MASK EXTENDER 120 SET
HAND SANITIZER 120 SET

CINTA AGUNG

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Buat Yang Terbaik Minta Yang Terbaik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّة وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّة

Diriwayatkan dari Jabir ibn Abdillah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di Syurga itu ada seratus tingkatan yang telah Allah sediakan bagi mereka yang berjihad di jalan Allah. Jarak antara satu tingkatan dengan tingkatan lainnya itu bagaikan jarak antara langit dan bumi. Apabila kalian berdoa memohon kepada Allah maka mintalah kepada-Nya Syurga Firdaus, kerana Syurga Firdaus adalah Syurga yang paling tengah dan paling atas (tinggi). Di atasnya terdapat ‘Arsy Allah Dzat Yang Maha Pengasih. Dari Syurga Firdaus itulah seluruh mata air sungai-sungai Syurga mengalir”
(HR Bukhari No: 2581) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

  1. Setiap kita sentiasa mengharapkan untuk menjadi orang yang paling baik dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat.
  2. Mendapat ganjaran Syurga di hari akhirat amat diharapkan oleh setiap orang. Rasulullah SAW menyuruh berdoa agar mendapat Syurga yang paling baik iaitu Syurga Firdaus.

Dalam hadis dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda tentang Syurga Firdaus;

الْفِرْدَوْسُ رَبْوَةُ الْجَنَّةِ وَأَوْسَطُهَا وَأَفْضَلُهَا

Maksudnya:
Firdaus adalah syurga yang paling tinggi, yang paling bagus, dan yang paling afdhal.
(HR Tirmizi No 3174) Status hadis Sahih.

  1. Menjadi cemerlang dan terbaik menuntut kita berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Saidina Ali pernah berkata: “Biarlah cita-cita engkau setinggi langit, kalau pun engkau tidak mencapai semuanya, sebahagiannya adalah lebih dari setinggi-tinggi cita-cita yang dari mulanya lagi telah rendah”.
  2. Kecemerlangan tidak dianugerahkan kepada orang yang melakukan usaha sambil lewa tetapi yang berlumba dan bersungguh-sungguh melakukan kebaikan.
  3. Dalam kita berdoa, mintalah yang paling baik dan diredhai Allah antaranya meminta agar dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus. Mari kita mulakan tahun baru 2023 dengan azam dan yang doa terbaik’

💞MUTIARA HATI💞

Petah bercakap tidak mestinya pandai.
Tidak petah bercakap
Tidak semesti bodoh.
Tidak mesti pandai bercakap,
Pandai menulis.
Begitu juga tidak mesti
pandai menulis, pandai bercakap.
Tidak mesti pandai berteori,
Pandai berbuat.
Begitu juga tidak mesti pandai berbuat, Pandai berteori.

KALAU TERASA KEBESARAN TUHAN

Kalau seseorang itu terasa kebesaran Tuhannya,
Nescaya lebur kebesarannya
Di dalam kebesaran Tuhannya.
Fana di dalam kehebatan-Nya.
Terasa kerdilnya diri ini dan terlalu hinanya.
Tenggelam di dalam keagungan-Nya.
Jika seseorang terasa Maha Kuasa-Nya Tuhan.
Bagaimana besarnya kuasa seseorang itu
tidak terasa lagi ada kuasa pada dirinya.
Terasa sangat dirinya itu tertakluk di dalam kekuasaan Tuhannya.
Kalau seseorang itu terlalu kenal kemurahan Tuhannya.
Setiap detik sentiasa menerima anugerah-Nya dan kasih sayang-Nya.
Aduh! Malunya dia kepada Tuhannya.
Menjadikan dia seorang pemurah,
kerana mengikut Pemurahnya Tuhan-Nya.
Jika seseorang itu sedar sangat bahawa kehendak Tuhan itu lulus.
Apa sahaja boleh berlaku kepada seseorang itu.
Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya.
Aduh kecut perutnya, menggeletar sendi-sendinya.
Cemas selalu, rusuh hatinya.
Kalau seseorang sentiasa sedar bahawa Tuhan Tahu,
Tuhan Melihat, Tuhan Mendengar,
tidak pernah lekang sekalipun sekelip mata,
sudah tentu rasa bertuhan menyelubungi rasa hatinya.
Dia rasa tidak tentu arah, serba salah.
Betapalah hendak membuat salah dengan sengaja.
Tidak tergamak dia hendak melakukannya.
Malu yang amat sangat hendak mengerjakannya.

Call Now
Directions