Tag Archives: rumah asnaf near me
SEDEKAH BERKUALITI
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada sahabat yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
- Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.
- Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari harta yang dimilikinya (dua dirham) walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar pada dirinya.
- Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya (hanya sedikit) kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.
- Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti dan keikhlasan.
- Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih
Mari kita hulurkan sedekah yang berkualiti.
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيِّ قَالَ: بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا قَالَ: نَعَمْ, الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا
Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As-Sa’idi RA berkata: “Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda SAW. Lelaki tersebut bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal dunia?.” Baginda menjawab: “Ya, mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka.” (HR Abu Daud No. 5142) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
- Seorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua ibu bapanya sama ada semasa hidup mahupun apabila keduanya telah meninggal dunia.
- Antara amalan kebajikan yang boleh dilakukan oleh seseorang anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia ialah:
a. Berdoa agar dicucuri rahmat
b. Memohon keampunan bagi dosa keduanya
c. Melaksanakan wasiatnya
d. Menyambung silaturahim keluarga dan kerabatnya
e. Memuliakan teman mereka
- Marilah kita menghayati peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini?. Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا
“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”
9 AMALAN YANG MULIA DI BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan Ibadah, bulan kebaikan, bulan melawan nafsu, dan bulan pembebasan dari neraka. Pada bulan ini, terdapat banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya iaitu dengan ganjaran pahala dilipatgandakan serta segala dosa diampuni dengan syarat menghindari segala maksiat, terutama dosa besar.
Kaum Muslim patut berasa untung terutama buat mereka yang betul-betul memanfaatkan setiap saat di bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah, memohon pengampunan dan melakukan amalan yang mulia seperti bersedekah.
1. Berpuasa
Salah satu ibadah utama ketika bulan Ramadhan, bermula dari sahur sehinggalah berbuka. Berikut beberapa hadis yang menyatakan kewajipan berpuasa di bulan ini:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Siapa berpuasa Ramadhan imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” [HR. Bukhari & Muslim]
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, ‘Kecuali puasa, sungguh dia bagianku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, kerana (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwatnya dan makannya kerana Aku’. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan; gembira ketika berbuka puasa dan gembria ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya. Dan sesungguhnya bau tidak sedap mulutnya lebih wangi di sisi Allah dari pada bau minyak kasturi.” [HR. Muslim]
Namun, berpuasa bukan sahaja bermaksud kita perlu menahan lapar, makan dan nafsu. Kita juga perlu menjaga amalan kita supaya ganjaran berpuasa kita terjaga. Berdasarkan sabda Nabi SAW berikut:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang dusta dan beramal dengan pembohongan maka Allah tidak berhajat ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum.” [HR. Bukhari]
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
“Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan memberi balasannya. Dan puasa itu adalah benteng, maka apabila suatu hari seorang dari kalian sedang melaksanakan puasa, maka janganlah dia berkata rafats (kotor) dan jangan pula bertengkar sambil berteriak. Jika ada orang lain yang menghinanya atau mengajaknya berkelahi maka hendaklah dia mengatakan ‘Aku orang yang sedang puasa’. [HR. Bukhari & Muslim]
2. Solat Terawih
Solat malam (tahajjud) adalah salah satu amal ibadah yang sangat ditekankan oleh Nabi SAW, terutama sekali pada bulan ramadhan. Bahkan juga, di luar bulan Ramadhan pun ibadah ini tidak pernah dilewatkan oleh Nabi SAW.
Salah satu sebab utama solat malam di bulan Ramadhan iaitu dapat mendatangkan pengampunan dosa-dosa yang telah dikerjakan di masa lalu. Berdasarkan hadis Nabi SAW yang berbunyi:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.” [HR. Bukhari & Muslim]
3. Bersedekah
Bersedekah di bulan ramadhan adalah salah satu amalan yang mulia bagi seorang muslim yang mampu melakukannya. Nabi juga merupakan yang paling dermawan di bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis dari Ibn Abbas RA yang berbunyi:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ (صحيح البخاري
Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan, dan lebih dermawan lagi saat ramadhan, ketika dijumpai Jibril (as), yang mengunjungi beliau setiap malam dibulan ramadhan, dan mengajarkan beliau saw Alqur’an, maka sungguh Rasulullah saw lebih dermawan dalam berbuat baik daripada angin yang berhembus” [HR. Bukhari]
Sesungguhnya bersedekah pada bulan yang mulia ini memiliki keistimewaan dan kelebihan, maka bersegeralah dan semangat dalam menunaikannya sesuai kemampuan. Dan di antara bentuk shadaqah di bulan ini adalah:
a. Memberi makan
b. Memberi hidangan berbukan bagi orang puasa
4. Membaca Al-Quran
Antara amalan yang ditekankan untuk semua muslim amalkan terutama sekali di bulan Ramadhan berbanding bulan lain kerana ia merupakan bulan dimana Al-Quran telah diturunkan di muka bumi ini.
Salah satu amalan yang perlu diperbanyakkan adalah membaca al-Quran. Membaca satu huruf dalam al-Quran akan diberikan sepuluh kebaikan. berdasarkan dua hadis berikut:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
“Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala.” [Hadits Muttafaq ‘Alaih]
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ آلم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf.” [HR. At-Tirmidzi]
5. Duduk di Masjid sehingga Matahari Terbit
Salah satu kebiasaan nabi dalam kehidupan hari-hari adalah duduk di masjid sehinggalah terbitnya matahari. Berdasarkan hadis: Rasulullah SAW, apabila solat Subuh beliau duduk di tempat solatnya hingga matahari terbit (HR. Muslim).
Juga hadis dari Anas RA yang berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Siapa solat Shubuh dengan berjemaah, lalu duduk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit, lalu solat dua rakaat, maka baginya seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.” [HR. Tirmidzi]
6. I’tikaf Akhir Ramadhan
Rasulullah SAW juga setiasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari terakhir. Tambahan juga ditahun wafatnya, beliau beri’tikaf sehingga 20 hari [HR. Bukhari & Muslim]. I’tikaf merupakan ibadah yang didalamnya terkumpul bermacam-macam ketaatan; baik berupa solat, doa, zikir, tadarus, dan yang lainnya.
Bagi yang tidak terbiasa mengerjakannnya akan terasa berat, namun ibadah ini akan dimudahkan oleh Allah SWT bagi yang berkeinginan kuat untuk mengerjakannya. Maka, sesiapapun yang bertekad dan bersungguh-sungguh untuk mengerjakannya, pasti akan mendapatkan pertolongan dari Allah SWT.
Ibadah i’tikaf dianjurkan untuk dibiasakan setiap harinya di bulan ramadhan, Namun waktu paling utama untuk mengerjakannya yaitu 10 hari terakhir di bulan Ramadhan agar mendapati keagungan malam lailatul qadar.
7. Umrah Bulan Ramadhan
Umrah termasuk dalam sunnah Nabi yang dianjurkan untuk dikerjakan pada bulan Ramadhan, serta pahalanya setaraf dengan ibadah haji. Berdasarkan hadis Nabi yang berbunyi:
عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ حَجَّةٌ
“Umrah pada bulan Ramadhan menyerupai haji.” [HR. Al-Bukhari & Muslim] dalam riwayat lain, “seperti haji bersamaku.” Sebuah kabar gembira untuk mendapatkan pahala haji bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Meskipun ibadah umrah di bulan Ramadhan setara dengan pahala haji, namun hal ini tidak menggugurkan kewajiban haji bagi yang mampu melakukkannya.
8. Menghidupkan Lailatul Qadar
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” [QS. Al-Qadar: 1-3]
وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Dan siapa solat pada Lailatul Qadar didasari iman dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” [HR. Bukhari & Muslim]
Rasulullah SAW berusaha mencari Lailatul Qadar dan memerintahkan para sahabatnya untuk menantinya di tiap ramadhan. Nabi juga senantiasa membangunkan keluarganya pada malam sepuluh hari terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadar.
. . . Lailatul Qadar berada di sepuluh hari terakhir Ramadhan, tepatnya pada malam-malam ganjilnya. Dan malam yang paling diharapkan adalah malam ke 27-nya, sebagaimana yang diriwayatkan Muslim. . .
9. Memperbanyak Zikir, Doa dan Istighfar
Sesungguhnya malam dan siang merupakan waktu-waktu utama dan mulia sepanjang bulan Ramadhan, maka pergunakanlah waktu tersebut untuk memperbanyakkan doa, zikir dan meminta keampunan. Khususnya pada waktu mustajab berdoa seperti 3 keadaaan berikut:
- Saat berbuka, kerana seorang yang berpuasa saat ia berbuka memiliki doa yang tak ditolak.
- Sepertiga malam terakhir saat Allah turun ke langit dunia dan berfirman, “Adakah orang yang meminta, pasti aku beri. Adakah orang beristighfar, pasti Aku ampuni dia.”
- Beristighfar di waktu sahur, seperti yang Allah firmankan, “Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (QS. Al-Dzaariyat: 18)
PETIKAN DARI
https://www.dasabdulglobal.com/9-amalan-mulia-di-bulan-ramadhan/
Bulan Rejab: Peristiwa dan Amalan Sunnah
PENGENALAN
Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat.
Keutamaan bulan Rejab dan amalan yang wajar dilakukan dalam bulan ini boleh didapati melalui Hadis yang pelbagai. Bulan Rejab juga antara bulan yang dimuliakan oleh Islam dengan amalan sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. Persediaan dalam menyambut bulan Ramadan dengan meningkatkan amalan pada bulan Rejab adalah amat membantu kepada pembentukan takwa seseorang Mukmin.
Keistimewaan bulan Rejab
Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini. Hal ini sebagaimana Hadis yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W seperti berikut :
عن أبي بكرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خَلَق الله السموات والأرض، السنة: اثنا عشر شهرًا، منها أربعة حُرُم؛ ثلاثٌ متواليات: ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم، ورجب مُضر الذي بين جمادَى وشعبان))
“Abu Bakrah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan Syaaban.””
(al-Bukhari)
Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut.
Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut.
Tatkala Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini melalui firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 9.
Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah sebagaimana Hadis riwayat dari Aisyah R.A:
عن عائشة,قالت رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ٳن رجب شهر الله))
“A’ishah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Rejab merupakan bulan Allah S.W.T.”
(al-Baihaqi)
Peristiwa bulan Rejab
Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:
(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.
Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.
(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.
Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.
(3) Peperangan Tabuk.
Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).
(4) Imam Syafie meninggal dunia.
Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.
(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.
Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.
Amalan sunnah di bulan Rejab
keutamaan bulan Rejab, ianya terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan pada bulan Rejab ini. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa. Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab.
Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menentukan bahawa mesti dilakukan pada bulan Rejab dan apa yang lebih penting amalan tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Bagi tujuan mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah S.W.T.
Kesimpulan
Terbukti bahawa bulan Rejab merupakan bulan Haram yang merupakan bulan Allah S.W.T. Selaku hamba-Nya, umat Islam wajar membesarkan bulan ini dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam untuk mengambil keberkatan.
Ringkasnya, seseorang Muslim boleh memilih untuk beramal mengikut kemampuan mereka masing-masing dengan mengusahakan semaksimum mungkin bagi mendapatkan keberkatan serta keredhaan dari Allah S.W.T dengan memperbanyakkan ibadah.
Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda mengatakan:
” “اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan Ramadan).”
(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)
Justeru, selaku hamba yang taat dan sebagai persediaan untuk menuju kepada bulan Ramadan yang bakal tiba, maka wajar bulan ini dihidupkan dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Wallahu A’lam.
PETIKAN DARIPADA
https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/20/bulan-rejab-peristiwa-dan-amalan-sunnah/
DASYATNYA SEDEKAH
Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya. Selain itu, antara kebaikan-kabaikan sedekah itu ialah; (Rujukan dr hadis2):
- Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT.
- Sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang.
- Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan InSyaaAllah menjauhi api neraka jahanam.
- Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
- Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
- Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.
- Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT.
- Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.
- Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat.
- Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda
- Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
- Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT InSyaaAllah.
- Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat.
- Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.
- Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT. InSyaaAllah.
- Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.
- Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup.
- Sedekah adalah ubat.
- Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.
- Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2.