Tag Archives: rumah asnaf near me

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَا لَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَا للّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَآءُ ۗ وَا للّٰهُ وَا سِعٌ عَلِيْمٌ”

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 261)* Ayat renungan pagi Jumaat ini insyaallah

🤲🏻sebarkan ilmu, perbanyakkan berselawat dan bersedekah…

BARANG KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, kpd semua dermawan yg dikasihi Tuhan ☺️☺️💞 pd sesiapa yg berhasrat utk membantu anak2 Limpahan Kasih dgn memberi sumbgn barangan keperluan dan juga Dana, bole disalurkan atas acc : –

[MYBANK] PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH :- 562777200627.

Semoga Allah membalasinya dgn balasan yg lebih baik lagi didunia juga di akhirat kelak nnti.. aamiin ya Allah.🤲🏻🤲🏻🤲🏻

JUMLAH PENGHUNI

  • Penghuni seramai 120 org anak2
  • Guru sukarelawan 30 org

BARANG KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN

  1. Komputer https://shopee.com.my/C22820-4125W10-(AIO)-windos-10-i.447949406.11909422491?sp_atk=c87a6b28-3fc9-4689-b137-de75a9fb9faf&xptdk=c87a6b28-3fc9-4689-b137-de75a9fb9faf
  2. Kipas industri – saiz 26” (dinding) https://shp.ee/7cvrkf2
  3. Mesin basuh auto dan menual – 15kg – 18kg https://shopee.com.my/product/10197262/7716354248?smtt=0.0.3

Barang Keperluan

  1. Sabun Mandi
  2. Sabun Basuh Baju
  3. Syampoo
  4. Minyak Rambut
  5. Pad – Libresse
  6. Ubat Gigi
  7. Berus Gigi
  8. Bedak
  9. Clorox
  10. Ajax
  11. Febrezze
  12. Pewangi Bilik
  13. Pewangi Baju
  14. Bateri Jam AA (Eveready)
  15. Penyapu Lidi
  16. Penyapu
  17. Berus Baju
  18. Berus Lantai
  19. Span pinggan
  20. Sabun Basuh Pinggan
  21. Kertas A4
  22. White board
  23. Permenant marker

Barang Dapur

  1. Beras
  2. Bawang Merah
  3. Bawang Putih
  4. Cili kering
  5. Ikan Bilis
  6. susu tepung dewasa
  7. Serbuk Kari ikan/daging adabi@ faiza
  8. Serbuk Cili adabi
  9. Telur
  10. Garam
  11. Gula
  12. Susu pekat
  13. Milo
  14. Cocoa
  15. Biskut
  16. Serbuk Kunyit
  17. Belacan
  18. Kicap lemak manis (JALEN@habhal)
  19. Sos cili (JALEN@habhal)
  20. Sos tiram (JALEN@habhal)
  21. Sos tomato (JALEN@habhal)
  22. Plastik sampah (s,m,XL)
  23. Plastik hitam industri (xxl)

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anggota Wuduk Bercahaya Di Hari Kiamat

Anggota Wuduk Bercahaya Di Hari Kiamat

عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ قَالَ رَقِيتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ عَلَى ظَهْرِ الْمَسْجِدِ فَتَوَضَّأَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ

Daripada Nu’aim bin Al Mujmir berkata, “Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan berkata, “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air wuduk, barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya hendaklah ia lakukan (lebihkan kawasan basuhan anggota wuduk).” (HR Bukhari No: 133) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Antara amalan yang digalakkan kepada setiap Muslim ialah sentiasa berwuduk.
  2. Mereka yang berwuduk, di hari kiamat akan dibangkitkan dengan wajah yang berseri-seri kesan daripada air wuduk semasa di dunia dahulu.
  3. Sunat melebihkan tempat basuhan anggota wuduk kerana di akhirat nanti kita akan dibangkitkan dengan anggota wuduk yang bercahaya. Lagi luas kawasan yang terkena air wuduk, lagi banyak kawasan yang bercahaya.

Marilah kita memperelokkan wuduk, menyempurnakannya serta menjaga wuduk.

KEPERLUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Kepada,
Yang Berkenaan,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Encik/Puan.

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEPERLUAN BACK TO SCHOOL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PPJLK) adalah sebuah PUSAT PERLINDUNGAN, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN yang mula beroperasi pada Tahun 2006 dan terletak di Kg. Seri Aman, Bt. 13, Puchong. Pada masa ini, PPJLK menaungi anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf dan OKU seramai 120 orang. Mereka ini terdiri dari anak-anak sekolah menengah, anak nursery dan juga remaja insaf. Sistem pendidikan dan penjagaan anak-anak di sini dijayakan oleh 30 orang petugas secara sukarelawan yang berperanan sebagai guru, penjaga asrama, penjaga anak nursery, pengurusan pentadbiran dan driver kenderaan.

3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PPJLK sedang mencari dana bagi melengkapkan keperluan ‘Back to School’ anak-anak pada tahun hadapan. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat sama- sama membantu dalam mengusahakan peruntukan tersebut.

4. Jika ada sebarang sumbangan berbentuk kewangan, boleh dibuat atas nama : Cek atas nama (MAYBANK) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661

Untuk Pertanyaan Lanjut Hubungi :-
WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR

5. Di sini, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang sudi sama-sama membahu dan menghulurkan bantuan dalam melengkapkan keperluan anak-anak disini. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari Tuhan dan menjadi amal jariah yang berkekalan serta mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti.

Sekian, terima kasih.

SENARAI KEPERLUAN YANG DI PERLUKAN

BAJU SUKAN (LENGAN PANJANG)
120 SET
SELUAR SUKAN
120 SET
LENCANA SEKOLAH
120 SET
NAME TAG
120 SET
KASUT SEKOLAH HITAM
120 PASANG
MEJA BELAJAR
50 SET (KERUSI &MEJA)
MEJA GURU
7 SET (MEJA & KERUSI)
AIRCOND 2.0HP
7 SET
WHITEBOARD
7 SET
MAGNET WHITE BOARD ERASER
20 SET
BEG GALAS SEKOLAH
120 SET
KERTAS A4 (70GSM & 80GSM)
30 REAM x 3 BOX x 2 BULAN
KOTAK PENSIL
120 SET
FAIL
(MAKLUMAT SEKOLAH & MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR)
120 SET
PEN (BIRU, HITAM & MERAH)
10 DOZEN
PEN MARKER (BIRU, HITAM & MERAH)
10 DOZEN
PEMBALUT BUKU LATIHAN & BUKU TEKS
120 SET
KERTAS LUKISAN
10 DOZEN
STAPLER
10 DOZEN
PUNCHER
5 DOZEN
PENSEL 2B
10 DOZEN
PEMADAM
2 DOZEN
PEMBARIS PANJANG
120 SET
PENGASAH PENSEL (BESAR)
20 SET
GAM STICK
5 DOZEN
GUNTING
5 DOZEN
PENSEL WARNA
120 SET
PENSEL BOX (KAIN)
120 SET
KRAYON
120 SET
BUKU NOTA
120 SET
BUKU GARIS PANJANG
120 SET
KALER AIR
120 SET
BERUS LUKISAN
120 SET
BOTOL AIR
120 SET
FACE MASK (HITAM / PUTIH)
120 SET
FACE MASK EXTENDER 120 SET
HAND SANITIZER 120 SET

CINTA AGUNG

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Call Now
Directions