Tag Archives: rumah kebajikan english
BERSEDEKAH SEMAMPU MUNGKIN
عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة
Daripada Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya; “Bagaimana jika ia tidak mempunyai apa-apa? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia menolong orang yang kesusahan atau sangat memerlukan bantuan.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Suruhlah orang melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf’. Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Tahanlah dirimu diri dari kejahatan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.’ (HR Bukhari No: 5563) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar umatnya agar menjadi insan yang berguna, sentiasa memberi bukan mengharap pemberian.
2. Pemberian tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Sumbangan boleh dalam bentuk tenaga, harta, ilmu, kemahiran, nasihat yang berguna, buah fikiran yang baik, kepakaran yang dimiliki dan sebagainya.
3. Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan menyumbang untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.
4. Bersedekah dan menyumbang menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah atau menyumbang sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.
5. Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain dalam bentuk harta, menjadi sedekah juga bagi kita apabila dapat menyuruh kepada kebaikan.
6. Jika tidak ada apa-apa yang boleh diberikan untuk kebaikan orang lain, maka tahan diri dari melakukan sebarang kejahatan. Kejahatan amat luas pengetiannya. Ia merangkumi kezaliman dengan mencerobohi nyawa, maruah, harta orang lain sama ada dengan perbuatan, perkataan, memek muka, tulisan, gambar, atau menyimpan dendam serta buruk sangka terhadap sesama manusia. Jadi apabila Nabi SAW bersabda “tahan dirimu dari kejahatan” bererti mendidik diri agar menjauhi kejahatan lahir dan batin.
7. Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab dan akhlak mulia. Diajukan kepadanya soalan bertubi-tubi, namun setiap satunya dilayani dan dijawab dengan tenang tanpa mengherdik atau merendah-rendahkan si penanya.
KISAH IMAM BESAR
Tulisan ini sungguh panjang…
Tapi sebagai seorang Cikgu, Guru kita wajib baca….sebagai panduan dan pedoman bagaimana kita menyantuni anak murid kita yang pelbagai kebolehan mereka…
Sebagai Guru kitalah paling banyak diuji KESABARAN…
Sungguh Menyentuh Hati, Sebenarnya Imam Syafi’i memiliki Murid “Slow Learner” dan Begini Cara Beliau Mengajarnya.
__
Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.
Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,
“Rabi’ Sudah faham atau belum ?”
“Belum faham, ”jawab Rabi’.
Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.
Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.
Rabi’ rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi’i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.
Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.
Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?
Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.
Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?
Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata,
”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”
Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.
Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya.
Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.
Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.
Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?
Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?
Terima kasih utk ingatan ini.
RAMADAN 2024/1445H
💝Assalamualaikum wbt.
🌺Semoga berada dalam kasih sayang dan keberkatan para kekasih Allah.
☘️Kami dari Rumah Amal Limpahan Kasih ingin kongsikan
kepeluan anak2 di limpahan kasih. Di bulan ramadan yg penuh Rahmat dn Keberkatan
DERMA KILAT
- Kasut Raya
- Pembayran TNB & SYABAS
☘️ Sabun basuh baju
☘️ Shampo
☘️ Sabun badan
☘️ Minyak rambut
☘️ Bedak muka
☘️Tuala wanita
☘️Pampers kanak2 (L&M)
☘️Sabun pinggan
☘️Pencuci lantai
🌿Minyak masak
🌿Tepung gandum
🌿Telur ayam
🌿Coco@Vico
🌿Susu pekat
🌿Susu tepung dewasa
🌿Susu tepung kanak2 (1,2&3)
🌿Biskut
🌿Bawang putih
🌿Bawang merah
🌿Ikan bilis
🌿Sos cili
🌿Sos Tomato
🌿Sos tiram
🌿Gula pasir
🌿telur ayam
☘️Kami ucapkan Ribuan Terima kasih kepada semua yang membantu dalam apa jua bentuk sumbangan dan juga doa. 🥰🤗
Semoga segala kebaikan dan perhatian yang diberikan tuan/puan Diberkati.🤲🏻🤲🏻🤲🏻
📌Hubungi :- 01169889829 (Pejabat Limpahan Kasih)
📌Alamat :- Lot 115A, lorong bistari 3, Kg Sri Aman, Bt 13 Puchong Selangor..
📌Maybank :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
562777200627
Sekian, Terima Kasih🤲🏻🤲🏻🥰
💫SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1445H/2024M💫
🌍SAHAM BEKALAN MENUJU AKHIRAT🌎
⚡️DERMA KILAT PEMBAYARAN TNB & SYABAS RUMAH LIMPAHAN KASIH💦
🌺Assalamualaikum pada semua YDK, Tuan/En/Puan/Cik💞🥰Semoga kita Semua dalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt..🤲🏻🤲🏻, pd sesiapa yg berhasrat utk membantu anak2 dan seluruh warga Limpahan Kasih dgn memberi sumbgn Dana, boleh disalurkan atas acc .: -📌[MYBANK]
(PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH) :- 562777200627
No Akaun TNB (JomPay : Online BILLER CODE :- 5454)
- 220099317807 (Asrama 1)
- 220261541606 (Asrama 2)
- 220261531610 (Surau)
No Akaun SYABAS (JomPay : Online BILLER CODE :- 4200)
- 0497721000 (Asrama 1)
- 9723870000 (Asrama 2)
- 4706740000 (Asrama 3)
🌹Kami ucapkan Ribuan Terima kasih kepada semua yang membantu dalam apa jua bentuk sumbangan dan juga doa..Semoga Allah membalasinya dgn balasan yg lebih baik lagi didunia juga di akhirat kelak nnti.. aamiin ya Allah.🤲🏻🤲🏻
Ibadah Puasa dan Anugerah
عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Allah ‘azza wajalla telah berfirman; ‘Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’ Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya.” (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan yang kotor, lucah dan buruk serta hina, sama ada yang diucapkan, ditulis serta ditularkan.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.
6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.
Bangunkan Jiwa Taqwa. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah bagi mengapai Taqwa. Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.
12hb Mac 2024
01hb Ramadan 1445H