Tag Archives: rumah kebajikan english
Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup.
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau.
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya.
Selagi engkau hidup, di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan.
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat.
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan.
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar.
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa.
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun.
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan.
Di waktu engkau hendak berhibur, diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata.
Di waktu engkau keletihan, Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan.
Selepas tidur, badan engkau segar dan bertenaga semula.
Tapi setelah engkau dapat tenaga, engkau membuat dosa dan noda.
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan.
Begitulah sepanjang hidup harian engkau.
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau.
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya.
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir, satu masa nanti engkau akan menemui-Nya.
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk.
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau?
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Malam Nisfu Syaaban
عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.
2. Malam Nisfu Syaaban (malam 15hb Syaaban) juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan sesama Muslim.
3. Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana Nabi SAW bersabda:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ
Daripada ‘Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi’, baginda bersabda: ” Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?” saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing.” (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif
4. Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).
5. Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.
Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.
23hb Februari 2024
13hb Syaaban 1445H
BACK TO SCHOOL 2024
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Kepada,
Yang Berkenaan,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Encik/Puan.
MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEPERLUAN BACK TO SCHOOL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PPJLK) adalah sebuah PUSAT PERLINDUNGAN, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN yang mula beroperasi pada Tahun 2006 dan terletak di Kg. Seri Aman, Bt. 13, Puchong. Pada masa ini, PPJLK menaungi anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf dan OKU seramai 120 orang. Mereka ini terdiri dari anak-anak sekolah menengah, anak nursery dan juga remaja insaf. Sistem pendidikan dan penjagaan anak-anak di sini dijayakan oleh 30 orang petugas secara sukarelawan yang berperanan sebagai guru, penjaga asrama, penjaga anak nursery, pengurusan pentadbiran dan driver kenderaan.
3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PPJLK sedang mencari dana bagi melengkapkan keperluan ‘Back to School’ anak-anak pada tahun hadapan. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat sama- sama membantu dalam mengusahakan peruntukan tersebut.
4. Jika ada sebarang sumbangan berbentuk kewangan, boleh dibuat atas nama : Cek atas nama (MAYBANK) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661
Untuk Pertanyaan Lanjut Hubungi :-
WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR
5. Di sini, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang sudi sama-sama membahu dan menghulurkan bantuan dalam melengkapkan keperluan anak-anak disini. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari Tuhan dan menjadi amal jariah yang berkekalan serta mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti.
Sekian, terima kasih.