Tag Archives: Untukmu Kekasih

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL RALK : AHAD 17 Rabiul Awal 1435 HIJRAH – 19 Januari 2014

“TERIMA KASIH WAHAI KEKASIH KAMI, BAIKNYA ALLAH KERANA MEMBERIKAN KAMI SEORANG NABI SEMULIA DIRIMU YA RASULULLAH”

Sukacita dimaklumkan, sempena bulan Rabiul Awal yang penuh keberkatan, RALK akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dengan tema: “UNTUKMU KEKASIH”. Majlis ini tentunya bertujuan membesarkan Nabi Muhammad SAW, mengenang jasa dan pengorbanan Baginda SAW agar mendorong kita semua turut memperjuangkan cita-cita Baginda SAW di zaman ini. Diharapkan, kita semua memperolehi keberkatan dan rahmat seperti yang dinyatakan Allah SWT di dalam Al Quran, ” Dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat bagi seluruh alam.”

Justeru, RALK dengan besar hati mengajak semua para pecinta dan perindu Rasulullah SAW, untuk turut sama terlibat dan hadir di dalam menjayakan majlis ini nanti. Berikut adalah maklumat majlis tersebut.

Tema: “UNTUKMU KEKASIH”
Tarikh: 19 Januari 2014 AHAD / 17 Rabiul Awal 1435 H / Masa : 10 pagi – 11.00 malam

Tempat: Dataran RALK ( Kompleks Pendidikan dan Kebajikan RALK )

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Sambutan telah bersetuju menjemput YBhg Dato’ Dr Robiah Kulub Hamzah sebagai salah seorang ahli panel bagi slot ” Bual Bicara Untukmu Kekasih” yang bakal diadakan pada malam tersebut. Selain itu, Persembahan “Untukmu Kekasih” oleh kumpulan Generasi Harapan bersama para pelajar RALK juga turut diadakan dimana nasyid-nasyid yang memuji Rasulullah SAW serta selawat-selawat akan dibacakan bersama-sama semua hadirin.

Demi menjayakan majlis yang mulia ini, pihak kami mengalu-alukan penglibatan penaja yang sudi berkongsi lebihan rezeki untuk disumbangkan sebagai tanda kasih dan cintakan Baginda Rasul. Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan apa saja bentuk kerjasama dan komitmen yang boleh diberikan bagi menjayakan program yang sangat bermakna ini. Di atas segala sumbangan yang bakal dihulurkan kami dahului dengan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Dan didoakan mudah-mudahan Baginda Rasul SAW sudi menerima kita semua sebagai umatnya serta dilayakkan untuk mendapat syafaat Baginda SAW di Akhirat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Ustaz Asri – 0182656469 / Puan Atiqah – 0189771330

Yang Berkhidmat,

Datuk Wan Johani Wan Hussin – Pengerusi
Tuan Norhan Bin Doldiri – Setiausaha – 0112791968
Ustaz Md Zawawi Ramli – Bendahari – 0193349955

Sumbangan diterima dalam bentuk makanan siap dimasak atau bahan mentah, menaja sewaan kanopi dan kerusi meja, menaja pentas dan sistem pembesar suara, hadiah atau cenderahati, menaja tempahan backdrop, flyers dan risalah selawat dan lain-lain lagi
Untuk sumbangan di dalam bentuk cek sila tuliskan di atas nama
PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH No Akaun 562777200627 MAYBANK

Adalah digalakkan untuk berniat menghadiah pahala amal jariah sumbangan anda ini kepada ibu bapa, suami isteri, saudara mara sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kami juga mengalu-alukan ” sumbangan” lembu / kambing dalam bentuk akikah.

Call Now
Directions