“Takutilah Perosak Amalan”
Takutilah RIYAK, ia adalah pemusnah amal
Takutilah KIBIR kerana ia merosakkan kebajikan
Jauhilah PEMARAH, ia merosakkan amal soleh
Ibarat api meleburkan besi
Takutilah SYIRIK kerana ia menghapuskan seluruh ibadah dan kebajikan
Hindarkanlah NAMA dan GLAMOUR di dalam beramal
Ia ibarat jatuhnya najis di dalam kuah
Semuanya rosak tidak boleh dimakan
Atau ibarat racun termasuk di dalam makanan
Semuanya sekali rosak
Menjaga amal lebih susah daripada beramal
Periksalah hati, adakah di dalamnya MAZMUMAH?
Ia adalah ibarat racun MAKNAWI di dalam kebaikan
Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi
Kebaikan dianggap kejahatan
Awasilah MAZMUMAH….
Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal
Leave a Reply