Tanda-Tanda Kasih Sayang Tuhan

Melihat benda yang indah seperti melihat sesuatu yang hijau,
lambang kasih sayang Allah.
Mendengar perkara yang sedap didengar seperti suara yang merdu,
tanda kasih sayang Tuhan.
Setiap detik kita menghirup oksigen,
tanda cinta-Nya kepada kita.
Kita boleh berhibur di antara suami isteri adalah kasih sayang-Nya.
Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayang-Nya.
Apatah lagi makan minum, tempat tinggal,
kenderaan adalah kasih sayang-Nya.
Pangkat, jawatan, kemudahan-kemudahan hidup
dan keindahan, termasuk kasih sayang-Nya.
Apabila kita letih atau mengantuk, ditidurkan-Nya kita.
Apabila kita bangun dari tidur,
kemudian pergi mandi, segar semula badan kita.
Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan.
Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh,
sedap didengar, juga kasih sayang-Nya.
Juga apa yang dapat difikirkan,
yang dapat dibaca menjadi ilmu semuanya,
berhubungan dengan kasih sayang Tuhan.
Setiap ilmu yang baru dapat,
pengalaman yang baru dijumpa
adalah kasih sayang Tuhan kepada kita.
Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita.
Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita.
Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat dengan
menyebut nama-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan amat mengasihi dan amat Penyayang.
Moga-moga dengan itu kita akan membalas kasih sayang-Nya.
Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada-Nya.
Dengan itu kita rasa bahagia menyebut nama-Nya.
Rasa rindu menyembah-Nya, memuja dan membesarkan-Nya.
Kita akan jadikan Dia Kawan Setia.
Kita terhibur dengan-Nya dan kita tidak akan melupakan-Nya.
Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu kasih dan sayang kepada kita?
Mengapa kita tidak rasa hendak mencintai-Nya?
Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions